Tyson Fury Dedah Rahsia Kejayaan Kerana Beronani 7 Kali Sehari Tanpa Gagal

Tyson Fury adalah merupakan salah seorang petinju terhebat yang pernah menghiasi gelanggang. Petinju Britain itu ialah juara heavyweight dunia dua kali dan secara konsisten menunjukkan kehebatannya sejak membuat penampilan sulung secara profesional pada 2008.

Fury dianggap sebagai salah seorang atlet yang memiliki kisah penuh inspirasi di dalam kejayaannya. Dia seorang petinju yang ramai peminat.

Apa yang menjadikan kerjaya Fury luar biasa adalah hakikat bahawa dia masih belum tewas dalam 32 pertarungan terakhirnya setakat ini. Tyson Fury telah mencatat 31 kemenangan, dan satu-satunya keputusan seri adalah menentang Deontay Wilder, pada 2018.

Tetapi apakah yang membuatkan Tyson Fury begitu berjaya? Pastinya setiap atlet ada senjata rahsia mereka.

Agak mengejutkan kerana dia menjawab rahsianya adalah dia beronani ‘tujuh kali sehari’. Sukar untuk percaya bahawa aktiviti tersebut menurut Tyson Fury adalah senjata rahsia seorang lelaki untuk berjaya di arena tinju.

Bercakap dalam temubual dengan The Pat McAfeee di YouTube, Fury berkata:

“Saya meletakkan sebahagian besar kejayaan saya kepada beronani 7 kali sehari tanpa gagal. Ianya angka yang sangat banyak. Namun sebagai atlet kamu kena berusaha keras untuk melakukannya.”

Seterusnya Fury menjelaskan bahawa dengan beronani dia telah merangsang darahnya serta testosteron di dalam badannya.

“Saya harus mengekalkan darah yang dipam dalam badan; satu-satunya perkara yang saya muatkan dalam tubuh adalah testosteron daripada semua aktiviti saya ini selama bertahun-tahun.”

“Menggunakan tangan kanan dan tangan kiri secara bergilir — bergantung pada kehendak saya pada ketika itu.”

Fury sebenarnya pernah memberikan pembayang kepada aktivitinya itu. Dahulu dia belum sedia berkongsikannya kerana memikirkan ianya agak tidak senonoh. Lebih lebih lagi dia ada anak bini.

Namun menjelang aksi terakhir sebelum bersara, dia akhirnya sanggup berkongsi tips. Selain itu Fury pernah menyatakan dia menukar rutin hariannya dengan mendadak.

Sebelum pertarungan keduanya dengan Deontay Wilder pada 2020, dia berkata: “Saya melakukan banyak perkara yang tidak saya lakukan sebelum ini. Saya makan lima atau enam kali sehari, minum lapan liter air,” katanya.

“Jika ia memberi saya kelebihan, saya sanggup mencubanya. Saya beronani tujuh kali sehari, pastikan testosteron saya sentiasa mengepam.”

Fury bersedia untuk mempertahankan gelaran heavyweightnya menentang Dillian Whyte di Stadium Wembley pada 23 April.

Namun Whyte tidak mahu hadir dalam sidang akhbar mereka untuk mempromosikan pertarungan itu selepas berang dengan bayaran yang terlalu rendah diterimanya dalam pertarungan tersebut.

Namun Fury menyindiri Whyte sebagai jenis tak bersyukur. Dia berkata: “Dia [Whyte] mendapat hari gaji terbesar dalam hidupnya. Dia sepatutnya berada di sini mencium kaki saya dan membasuh kaki saya. Sebelum saya melakukan perkara seperti ‘anda tahu apa, apabila saya bercakap tentang Dillian Whyte dia selalu membalas balik dan dia koyak, itu yang menyebabkan sedikit kekecohan’, namun sekarang saya boleh cakap apa sahaja tentang dia.”

“Ia memberikan saya lebih banyak keyakinan, ia sukar dipercayai. Dia sudah pasti menunjukkan bendera putih pada pandangan saya. Dia tidak mahu bersemuka dengan saya kerana dia akan melihat api itu di mata saya dan dia akan berfikir ‘ Saya semakin hancur,” tambahnya lagi.

Semasa sidang akhbarnya pada hari Selasa, Fury juga mendakwa bahawa pertarungannya menentang Whyte akan menjadi yang terakhir, mencadangkan dia akan “membeli kapal layar yang paling besar di luar negara” dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.