Tulisan Yang Tertulis Pada Shin Pads Vardy Mencuri Tumpuan Peminat

Leicester City berkunjung ke Emirates Stadium bertemu Arsenal untuk perlawanan keenam saingan liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.

Skuad kendalian Brendan Rodgers itu cemerlang menundukkan the Gunners 1-0 dan berjaya membawa pulang tiga mata penuh.

Apa yang menariknya dalam perlawanan ini, para peminat dilihat begitu teruja dan terhibur dengan melihat tulisan yang tertulis di shid pads milik bintang Leicester, Jamie Vardy.

Peminat menyedari tulisan yang tertulis di shin pads Vardy ketika beliau membawanya ke Emirates dalam perlawanan awal pagi tadi.

Para peminat yang perasan dengan tulisan yang tertera di shin pads Vardy terus membincangkannya di media sosial.

Luar biasa kreatif bukan?

Dalam pada itu, Vardy yang dilaporkan masih belum cergas untuk beraksi dalam perlawanan tersebut telah dimasukkan oleh Brendan Rodgers pada babak kedua perlawanan menggantikan Dennis Praet.

Vardy dimasukkan pada minit ke-60 permainan dan 20 minit selepas beliau dimasukkan, penyerang handalan Leicester itu telah berjaya menjaringkan gol pertama serta gol kemenangan untuk kelabnya.

Vardy berjaya menjaringkan gol melalui teknik tandukan terbang selepas menerima bola umpanan dari Cengiz Under.

Gol tersebut berjaya memberikan kemenangan kepada Leicester City selepas keputusan 1-0 kekal sehingga perlawanan tamat.

Dengan jaringan tersebut, Jamie Vardy kini sudah berjaya menjaringkan 11 gol dari 12 perlawanan liga bertemu Arsenal, dan beliau merupakan pemain kedua dibelakang Rooney yang berjaya menjaringkan gol terbanyak (12 gol) ketika bertemu Gunners dalam saingan liga.

Vardy juga kini menjadi penjaring terbanyak di Emirates sebagai pasukan pelawat dengan menjaringkan lima gol ketika bertemu Arsenal di stadium keramat mereka itu dalam saingan liga.

Fakta menarik, 24% dari jaringan Vardy sepanjang kariernya adalah ketika bertemu Arsenal, Manchester City dan Liverpool.

Arsenal dilihat lebih dominan dalam perlawanan ini dan salah satu gol awal mereka hasil jaringan Lacazette telah dibatalkan oleh pengadil kerana off-side.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu menguasai 56% penguasaan bola dengan melakukan 12 percubaan berserta empat percubaan tepat, yang mana statistik mereka jauh lebih baik berbanding Leicester.

Namun kekurangan ketajaman di bahagian jentera serangan menyebabkan Arsenal gagal untuk peroleh sebarang jaringan dan terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 dihalaman mereka sendiri di tangan Leicester City.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.