Tukang Gunting Rambut Pogba Mahu Tolong Messi Dan Ronaldo Yang Teruk

Paul Pogba memang dikenali dengan gaya rambut beliau yang pelbagai. Di sebalik semua itu, pastinya Pogba ada perunding fesyen rambut beliau. Orang itu ialah, tukang gunting, Ahmed Alsanawi.

Ahmed merupakan tukang gunting yang hebat. Khidmat beliau banyak digunakan oleh selebriti dan pemain bola sepak terkemuka. Ini termasuk Eden Hazard, David Luiz, Batshuayi, Jesse Lingard dan yang paling popular ialah Paul Pogba.

Ahmed memiliki kedai gunting A Star Barbers. Ahmed sedar ada ramai pengulas bola sepak kerap mengkritik pemain seperti Pogba yang kerap menggayakan rambut gaya ‘flashy’. Namun Ahmed mahu semua orang sedar akan kepentingan fesyen rambut kepada para pemain.

“Orang selalu bertanya, ada apa dengan gaya rambut? Fikirkanlah. Anda kan selalu berada dalam tv. Ada berjuta orang melihat anda. Macamana penampilan yang kamu nak orang tengok kamu?”

“Nak nampak seperti tahi (shit) ataupun nampak cantik? Ramai orang tak faham akan perkara itu dan suka memberikan komen pedas.”

“Rambut adalah mahkota dan jika saya keluar, dengan rambut serabai dan jambang tak terurus, keyakinan diri saya akan hilang. Ianya berbeza dengan jika saya ada gaya yang sebaiknya.”

“Keyakinan itu aspek penting dalam hidup. Dan gaya rambut akan membuatkan anda rasa yakin dan melakukan kerja dengan lebih baik.”

Ahmed kemudian menyatakan beliau mahu membantu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, memperbaiki gaya rambut mereka yang teruk. Ahmed yakin beliau lagi bagus daripada tukang gunting Ronaldo dan Messi pada ketika ini.

“Pada pandangan saya, tukang gunting rambut Messi dan Ronaldo pada hari ini, sangat teruk.”

“Saya nak sangat membantu Messi dan Ronaldo dalam memperbaiki gaya rambut mereka.”

Mungkin kenyataan Ahmed itu kurang tepat kerana Ronaldo dan Messi ternyata cemerlang di atas padang walaupun tiada gaya rambut yang terlalu ‘flashy’ dan ranggi.

Pogba sudah beberapa kali memuat naik status di media sosial dengan menampakkan susuk Ahmed Alsanawi. Itu telah banyak membantu menaikkan nama beliau. Dan kini Instagram beliau telah mengumpul lebih 333,000 pengikut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.