Tujuh Kebaikkan Dan Kehebatan Mo Salah Yang Boleh Dijadikan Ibrah

Liverpool akhirnya kembali bangkit dan beraksi cemerlang selepas kekalahan memalukan kepada Manchester City minggu lalu.

Bermula dengan kemenangan menewaskan Aston Villa kemudian awal pagi tadi skuad the reds sekali lagi memperoleh kemenangan dengan menewaskan Brighton & Hove Albion.

Kemenangan ini merupakan suatu kejayaan yang manis buat Juara saingan Liga Perdana musim ini kerana menghampiri untuk memecahkan rekod 100 mata.

Liverpool kini sudah menjuarai saingan liga dan sudah mengutip 92 mata dan tentunya mereka mahu mengutip mata penuh dalam setiap baki perlawanan untuk mencapai sasaran 100 mata dalam saingan liga.

Apa yang lebih membanggakan adalah, bintang kesayangan dan kebanggaan ramai, Mohamed Salah telah berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Mo Salah telah berjaya terlibat dalam 100 jaringan untuk Liverpool iaitu 73 gol dan 27 assist hanya dari 104 penampilan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Rekod itu merupakan keempat terbaik dalam sejarah pasukan Liverpool dibelakang Steven Gerrard (212), Robbie Fowler (158) dan Michael Owen (148).

Mo Salah berjaya menjaringkan gol pembukaan serta gol ketiga untuk Liverpool dalam perlawanan ini dan menariknya beliau turut mencatatkan satu assist.

Salah membuktikan bahawa dirinya antara pemain yang harus diberi perhatian oleh semua pihak lawan atas ketajaman dan kehebatan beliau dalam menjaringkan gol.

Beliau turut mempamerkan semangat tidak pernah putus asa dan tidak berasa selesa walau sudah bergelar Juara.

Disini kita senaraikan 7 kehebatan dan kebaikkan Mo Salah yang boleh dijadikan sebagai ibrah dalam kehidupan seharian kita.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (عبرة) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi suangai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

7 Kebaikkan dan Kehebatan Mo Salah

1. Mo Salah merupakan seorang pemain yang sangat bekerja keras dan penuh komitmen ketika latihan. Ini terbukti apabila dalam perlawanan sebenar terserlah stamina, kelajuan, skil, teknik sepakan dan persefahaman yang baik dengan rakan sepasukannya.

2. Beliau juga memilih untuk hidup bersederhana. Di saat majoriti pemain terkenal dunia memperagakan kereta-kereta, rumah-rumah dan percutian yang mewah-mewah, beliau mengambil pendekatan hidup yang lebih sederhana dengan amat sukar sekali pihak media hendak mencari maklumat tentang kehidupan beliau.

3. Salah sangat terkenal sebagai seorang ikon muslim dalam kalangan peminat beliau sering mendampingi al-Quran. Melalui suatu klip video perjalanan pasukan Liverpool menaiki pesawat, Salah kelihatan membawa naskhah Al-Quran bersamanya.

4. Beliau juga seorang yang pemurah. Mo Salah banyak menyalurkan dana dan sumbangan untuk warga kampungnya di Mesir.

5. Beliau juga didapati selalu melakukan sujud syukur saat berjaya menjaringkan gol.

6. Mohamed Salah juga terkenal dengan sifat baik hati dan mudah didekati peminat. Sungguh mengharukan saat menonton klip video beliau menziarahi dan memberi semangat kepada seorang anak Syria yang sakit serta beliau juga menghargai peminat Liverpool yang buta dengan menjemput dan melayani peminat tersebut serta rakannya.

7. Contoh ketua keluarga yang baik. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan pemain beliau, Mohamed Salah, telah berjaya memelihara isteri dan anak beliau daripada lensa populariti dunia yang berbahaya.

Begitulah antara sedikit kebaikkan dan kehebatan beliau yang dapat dikongsikan. Kalau nak disenaraikan kesemuanya mungkin tidak mampu untuk dilakukan.

Akhir kalam, tahniah Liverpool menjuarai Saingan Liga Perdana Inggeris musim ini khasnya Mohamed Salah!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.