Tuchel Yakin Neymar Bukan Pemain Cengeng

Menjelang pertemuan suku akhir menentang Atalanta pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel berkata beliau yakin Neymar bukan pemain yang cengeng.

Les Parisiens akan menentang salah satu pasukan yang telah melakukan kejutan di pertandingan Champions League pada musim ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada awal pagi nanti di Stadium Da Luz.

Menurut Tuchel, Neymar boleh dijadikan pemain sandaran untuk memastikan PSG mara ke separuh akhir pertandingan elit eropah itu dalam perlawanan ini nanti.

Walaupun sentiasa diselubungi oleh tekanan, Tuchel yakin Neymar bukanlah pemain yang lemah.

“Saya berpendapat bahawa banyak sekali tekanan sering dilemparkan kepada Neymar. Anda tidak boleh membayangkan tekanan yang dihadapi Neymar.”

“Namun, dia adalah pemain yang menyukai dan biasa bermain dengan tekanan. Saya gembira jika Neymar boleh bermain dengan Kylian [Mbappe] karena mereka biasa tampil bersama,” jelas Tuchel.

Mbappe sendiri kemungkinan akan diturunkan setelah mengikuti latihan dengan rakan-rakannya sehari sebelum perlawanan tersebut.

Jika Mbappe dan Neymar diturunkan bersama, kedua-duanya pasti akan memberikan lebih banyak masalah kepada Atalanta.

“Dia [Neymar] amat menyukai pertandingan besar dan begin. Dia adalah pemain yang boleh menjadi sandaran anda untuk perlawanan besar dan penting begini.

“Saya sangat yakin dia akan menampilkan permainan terbaik dan menjadi kunci kemaraan kami. Dia memiliki mentaliti yang diperlukan untuk situasi seperti ini,” tambah Tuchel.

Tuchel sendiri menegaskan tidak akan meremehkan Atalanta yang kerap memiliki taktik unik.

“Sangat sukar bermain menentang Atalanta. Ini merupakan perlawanan besar dan selalu ada kemungkinan.”

“Ini bukan sahaja akan menjadi perlawanan berasaskan taktikal, namun secara mental. Kami berkorban bersama, kami juga berjuang dan bermain bersama-sama,” kata Tuchel lagi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.