Tuchel: “Kepa Tak Salah”

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel enggan menyalahkan penjaga gol gantian Kepa Arrizabalaga atas kekalahan pasukannya di final Piala EFL kepada Liverpool, dia tidak berasa menyesal kerana tindakannya menggantikan penjaga gol, selepas kekalahan itu.

Beberapa pundit termasuk Gary Neville tidak setuju dengan tindakan Tuchel menukarkan penjaga gol yang sedang dalam prestasi luar biasa di final iaitu Edouard Mendy, selepas melakukan beberapa saves berkelas dunia, dan kemudian memasukkan Kepa.

Menurut Neville, Chelsea berpeluang menang penentuan penalti kalau Mendy terus di gawang kerana penjaga gol itu sedang menikmati atmosfera di Wembley dengan motivasi sangat kuat.

Selepas dua jam permainan yang melelahkan, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan, 21 sepakan penalti pertama kedua-dua pasukan dilakukan dengan baik, sebelum rembatan Kepa tersasar ke langit dan memberikan kemenangan kepada Liverpool.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu telah menggantikan Edouard Mendy dari bangku simpanan pada lewat masa tambahan 30 minit dengan harapan dia akan menjadi wira penentuan penalti sekali lagi untuk Chelsea. Kepa memiliki rekod penyelamatan penalti yang luar biasa di dalam kariernya.

Malangnya Kepa gagal menghalang walaupun satu penalti daripada masuk ke gawangnya. Lebih malang apabila dia sendiri yang menghantar Chelsea pulang hampa dengan penalti paling teruk pada malam itu.

Tuchel mengakui dia mendengar kritikan ke atas Kepa. Dan dia tidak mahu penjaga gol itu dipersalahkan sambil mempertahankan tindakannya.

“Saya berasa sedih untuknya tetapi dia tidak melakukan apa apa kesalahan.”

“Jika anda mahu menyalahkan seseorang, salahkan saya. Saya membuat keputusan dan saya tidak menganggap mereka sebagai hero.”

“Kami mengambil keputusan seperti yang kami lakukan kali terakhir dalam Piala Super menerusi penentuan sepakan penalti.”

“Semua orang tahu betapa bagusnya dia dalam situasi itu. Malangnya, dia tidak dapat menyelamatkan penalti, yang biasanya dia lakukan dengan cemerlang.”

“Kita pun tak tau apa akan jadi kalau Edu di gawang masa itu. Jangan salahkan Kepa, salahkan saya, saya yang buat keputusan. Kekadang menjadi, kekadang tak menjadi, itulah kehidupan sebagai jurulatih.”

Tuchel kemudian memberitahu Sky Sports : “Kami melakukan perkara itu sebelum ini dengan Kepa, dia sedikit lebih baik dalam menyelamatkan penalti dan itulah sebabnya saya membuat keputusan.”

“Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk 11 pemain perlu merembat, dan pada pandangan saya, dia mengambil penalti terlalu cepat. .”

“Kadang-kadang perkara ini boleh bertentangan dengan kemahuan anda, tetapi anda membuat keputusan apabila ia perlu dibuat, bukan selepas, ketika orang boleh menilai anda.”

Tuchel memuji prestasi pasukannya sebagai beraksi dengan cemerlang. Maka tidak ada apa yang perlu dikesalkan.

“Bola sepak boleh menjadi permainan yang cemerlang dan ia adalah permainan yang cemerlang, tiada kebimbangan dan tiada penyesalan.”

Selain itu Tuchel membidas VAR yang membatalkan gol Romelu Lukaku. Kerana itu menjadi titik penentu kepada kejuaraan Chelsea jika ianya diterima.

Ini kerana menurut pengurus yang berguru dengan Ralf Rangnick itu, menurut klaim dari sebelah sana, beliau tidak rasa Lukaku berada dalam kedudukan ofsaid ketika itu.

Seorang lagi anak buah Rangnick, juga menurut klaim dari pihak sebelah sana, Jurgen Klopp akhirnya mendapat trofi pertamanya musim ini bersama dengan Liverpool. Ianya adalah piala domestik pertama dimenangi Klopp selepas memenangi EPL 2 musim yang lalu.

Kejayaan Liverpool menjadi paling sukses

Dengan kejayaan itu, Liverpool terus mengukukuhkan diri mereka sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris dari segi jumlah trofi yang dimenangi. Semuanya mereka rampas balik dari Red Devils pada era Jurgen Klopp.

Kini The Reds terus mengatasi pesaing tradisi mereka iaitu Manchester United.

Pada Ahad lalu, ketika peminat Manchester United sedang iron baju kerja, Liverpool berjaya menambah trofi ke kabinet mereka selepas memenangi Piala Carabao 2021/22 hasil kemenangan penentuan penalti ke atas Chelsea.

Penentuan sepakan penalti berlarutan sehingga penyepak ke-11. Caoimhin Kelleher berjaya menjalankan tugasnya, manakala sepakan pemain gantian, Kepa Arrizabalaga malah melonjak melepasi palang gol dan dikatakan masih belum turun ke bumi pada pukul 3.30 petang ketika artikel ini ditulis.

Di England perisai komuniti tidak dianggap sebagai piala major di sana kerana dianggap aksi piala pra musim.

Kejayaan memenangi Piala Carabao musim ini bermakna Liverpool telah memenangi Piala Liga sebanyak sembilan kali. The Reds juga merupakan pemegang paling banyak gelaran Piala Liga. Mengatasi Manchester City.

Secara keseluruhan, jumlah trofi Liverpool kini sudah berjumlah 49, terdiri daripada 19 kejuaraan Liga Perdana, tujuh Piala FA, sembilan Piala Liga, enam Liga Juara-Juara Eropah, tiga Piala UEFA/Liga Europa, empat Piala Super Eropah dan satu trofi Piala Dunia Kelab.

Manchester United yang sehingga kini telah mengumpul 45 trofi trofi, terdiri daripada 20 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 12 Piala FA, tiga Liga Juara-Juara, satu Piala Winners, satu Liga Europa., satu Piala Super Eropah, satu Piala Antara Benua dan satu trofi Piala Dunia Kelab.

Arsenal kekal di tangga ketiga dengan 31 trofi major diikuti Chelsea dengan 28, Man City dengan 22 dan Spurs dengan 17.

 

Musim ini Liverpool masih berpeluang menambah jumlah trofi kerana pasukan Jurgen Klopp masih bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Selepas ini, Liverpool akan menentang Norwich City dalam pusingan kelima Piala FA. The Reds juga masih mengekori rapat Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Laporan Perlawanan Final Piala Carabao 2021/22

Liverpool dan Chelsea bertemu dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup musim ini di Wembley dengan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mara ke aksi perlawanan akhir selepas menewaskan Arsenal 2-0 secara aggregate ketika aksi peringkat separuh akhir.

Chelsea pula sementara itu mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Tottenham Hotspur 3-0 secara aggregate.

Tidak dinafikan kedua-dua pasukan ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, dan sukar untuk meramal siapa akan muncul sebagai pemenang.

Lebih dari 85,000 penyokong hadir memenuhi stadium Wembley hari ini untuk menyaksikan pertembungan antara kedua-dua gergasi Premier League itu berentap.

Lima minit pertama perlawanan nampak berjalan dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Tiada percubaan merbahaya yang berjaya dihasilkan melainkan kedua-dua pasukan cemerlang mencipta mencipta gerakan-gerakan menarik yang memberi ancaman ke kubu lawan.

Chelsea memiliki kesempatan emas pada minit ke-5 permainan selepas Cesar Azpilicueta melorongkan bola cantik ke dalam kotak penalti, untuk mencari Christian Pulisic yang tidak dikawal.

Pulisic bijak mencari ruang dan berada bersendirian di hadapan Kelleher dan beliau tenang menolak bola ke arah gawang gol Liverpool, namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol muda The Reds.

10 minit perlawanan berlangsung Chelsea nampak lebih dominan dengan mereka beberapa kali berusaha melancarkan serangan ke kubu Liverpool.

Bola lebih kerap berada di kawasan Liverpool berbanding Chelsea dan barisan pertahanan The Reds nampak tenang menyerap asakan the Blues.

15 minit permainan berlangsung, Liverpool sudah mula mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka dan beberapa kali mencuba untuk melancarkan serangan.

Chelsea nampak sudah tidak sedominan seperti 10 minit pertama namun mereka masih berjaya mencipta gerakan bahaya untuk menguji kubu Liverpool.

20 minit perlawanan berlangsung Liverpool nampak lebih dominan namun mereka masih gagal melancarkan serangan yang benar-benar merbahaya.

Minit ke-29 Mendy berjaya melakukan double save yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk menyelamatkan gawang Chelsea dari dibolosi.

Naby Keita melepaskan rembatan padu dari depan kotak penalti dengan Mendy berjaya menyelamatkan percubaan tersebut.

Bola kemudiannya sampai ke kaki Mane yang kemudiannya turut melepaskan percubaan, namun Mendy sekali lagi cemerlang menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi.

30 minit perlawanan berlangsung, Liverpool nampak benar-benar dominan dengan mereka turut memiliki beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol.

Bola lebih kerap berada di kawasan Chelsea dengan bahagian midfield Liverpool berjaya main peranan dengan sangat baik.

40 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan kembali mempamerkan aksi serang menyerang namun masih tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang sungguh menghiburkan sepanjang 45 minit pertama permainan walau tiada sebarang gol yang berjaya dijaringkan.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, dengan kedua-dua pasukan tentunya bakal perbaiki kekurangan mereka untuk aksi babak kedua nanti.

Sebaik bermula aksi babak kedua, Chelsea berjaya mendominasi permainan dan tak henti-henti melancarkan serangan ke kubu Liverpool.

Pada minit ke-48 permainan, Mason Mount berjaya berdepan dengan situasi satu lawan satu dengan Kelleher, namun sayangnya percubaan beliau sekadar terkena tiang.

60 minit perlawanan berlangsung, Chelsea nampak dominan dengan beberapa kali berjaya mencipta gerakan bahaya menguji gawang Liverpool.

Pasa minit ke-64 hasil kesilapan pemain Chelsea Salah hampir saja meledak gol untuk Liverpool dengan beliau tenang menyungkit bola menewaskan Mendy.

Malang untuk Salah, ketika bola sungkitan beliau bergolek menuju ke dalam gawang gol, Thiago Silva muncul mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Pasa minit ke-67 hasil dari sudut sepakan percuma yang diambil oleh Trent  Alexander Arnold, Joel Matip berjaya meledak gol pembukaan untuk Liverpool

Mane menanduk bola hantaran dari Trent Alexander Arnold dan bola tandukan Mane ditanduk semula oleh Matip untuk menewaskan Mendy.

Pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana mendakwa Van Dijk berada di kedudukan offside.

75 minit permainan berlangsung, Liverpool nampak dominan dan kerap melancarkan serangan merbahaya menguji Edouard Mendy.

Minit ke-77 permainan Kai Havertz berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea namun gol tersebut segera dibatalkan kerana tiga pemain Chelsea berada di kedudukan offside.

Minit ke-85 permainan Liverpool sekali lagi hampir memperoleh gol pertama, namun bercubaan bertubi-tubi mereka di dalam kotak penalti berjaya diselamatkan oleh barisan pertahanan Chelsea.

Minit ke-90 Mendy sekali lagi menjadi wira Chelsea selepas beliau melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia untuk menyelamatkan bola tandukan van Dijk.

Tamat aksi 90 minit permainan, kedudukan masih kekal seri tanpa jaringan dengan perlawanan akan diteruskan ke aksi tambahan masa.

Minit ke-7 aksi tambahan masa Romelu Lukaku berjaya meledak gol pertama untuk Chelsea namun malangnya gol tersebut dibatalkan kerana beliau berada dalam kedudukan offside.

Penghujung aksi babak pertama tambahan masa berlaku insiden panas di atas padang bermula dengan pergaduhan antara Trent Alexander Arnold dan Kai Havertz.

Keaadan agak kecoh buat seketika namun pengadil perlawanan bijak mengawal keadaan dan permainan dapat diteruskan seperti biasa.

Tamat aksi 15 minit pertama tambahan masa, kedudukan antara kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan.

19 minit aksi tambahan masa, Kai Havertz sekali lagi meledak gol untuk Chelsea namun ia dibatalkan juga kerana offside.

Tamat aksi tambahan masa 30 minit perlawanan masih terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan dan pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Liverpool akhirnya berjaya memenangi perlawanan ini selepas mencatatkan kemenangan 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu secara tak langsung telah berjaya memecah rekod baru dengan muncul sebagai pasukan paling banyak memenangi gelaran Carabao Cup (9 kali).

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.