Troy Deeney: Senang Betul Ayamkan Lovren

Pemain dan kapten legenda Watford telah mendedahkan betapa senangnya nak mengayamkan pemain bernama Dejan Lovren pada tempoh hari.

Watford menang 3-0 ke atas Liverpool dalam aksi yang paling hambar ditunjukkan juara dunia Liverpool.

Ismaila Sarr menjadi seperti Messi kacukan Ronaldo apabila berhadapan dengan Liverpool. Mujur dalam diri Ismaila Sarr masih ada belas kasihan, kalau tak pemain itu sudah mencetak hatrik.

Troy Deeney pula menjaringkan gol yang melemaskan Alisson di gawang gol.

Lovren senang sangat diayamkan

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Troy Deeney berkongsi kisah aib Liverpool kerana Dejan Lovren.

“Di antara Van Dijk dan Lovren, kita kena pilih yang mana satu pemain yang kurang power di antara mereka.”

“Susah nak bergasak dengan Van Dijk. Dia ni dah level lain. Antara 5 pemain pertahanan terbaik di dunia, saya rasa.”

“Dah la tinggi lampai, laju pulak tu. Memang sukar nak lepasi Van Dijk.”

“Coach suruh kami menekan dan mensasarkan Lovren sahaja sepanjang perlawan. Dia pemain yang kureng sikit di antara mereka berdua. Senang sikit nak diayamkan.”

“Kalau korang perhatikan, Lovren dari awal nak bergasak dengan saya. Saya suka pemain macam ni, jadi saya berikan dia kesukaran.”

“Lovren ni aku perati je perangai dia yang suka terus menyerang orang secara fizikal dan tak fokus dengan bola.”

“Masa dia nak attack saya, tu, masa tu la saya menciduk dia, dan terkena dia. Lalu kami pun dapat gol.”

Begitulah kenyataan berani Troy Deeney. Lebih berani daripada Haziq yang membuat pengakuan semburit sambil duduk di kerusi merah.

Dejan Lovren dipilih bermain dalam perlawanan ini menggantikan Joe Gomez. Ternyata pilihan Klopp silap.

Liverpool dimalukan, dibogelkan, ditelanjangkan, di starlight dahinya, dihumban, dilemaskan dan ditewaskan dengan jaringan 3-0 (atau diisi dengan perkataan seperti borang bank; tiga kosong sahaja cash).

Lalu leburlah rekod tanpa kalah Liverpool di tangan pasukan bekas pasukasn Odion Ighalo.

Watford antara pasukan paling hina musim ini, berada di zon penyingkiran. Manchester United yang berada di tangga kelima, pun buat stok geli geli sahaja menewaskan mereka 3-0 (atau diisi dengan perkataan seperti borang bank; tiga kosong sahaja cash).

Jika Liverpool sedar diri, inilah peluang mereka menarik diri daripada EPL. Kerana sukar nak menerima kenyataan jika mereka juara suatu hari nanti, tetapi tewas di tangan pasukan Watford yang popular dengan penyanyi lelaki bersuamikan lelaki, eh lelaki beristerikan lelaki.

Liverpool gagal untuk menjadi kebal tak kalah seperti Arsenal yang power pada satu ketika dahulu.

Minggu yang membuatkan Liverpool suram dan hampa. Segala yang mereka bina musnah dalam masa satu malam di Watford.

Liverpool seakan-akan bakal dipintas oleh Manchester City sekali lagi selepas ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.