Triple H Kembali Bergusti Selepas Tak Tahan Dihina Tiada ‘Bola’

Acara Monday Night RAW menjadi sedikit kelam kabut selepas Drew McIntyre disahkan positif C0V-19.

Dengan ketiadaan beliau, Vince McMahon jelas kehilangan penggusti utamanya, Drew sebelum ini sudah dijadualkan untuk bertemu Randy Orton di acara mingguan RAW untuk perlawanan tanpa kejuaraan.

Namun ia terpaksa dibatalkan kerana Drew terpaksa menjalani proses kuarantin dan perlawanan tersebut mungkin akan dilangsungkan di acara Royal Rumble nanti.

Namun, sementara menanti acara tersebut tiba, terlalu banyak masa yang ada untuk dibazirkan tanpa ada perlawanan mega di acara RAW.

WWE harus memanggil bintang besar untuk memastikan acara mingguan RAW itu dapat memuaskan hati peminat walau tanpa kehadiran Juara dunia mereka.

The Viper perlu ada seorang lawan untuk bertemu beliau di acara kemuncak, jadi Vince telah memanggil seseorang yang paling beliau percayai untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Penggusti tersebut tidak lain tidak bukan tentulah menantu kesayangan beliau, Triple H.

Benar, The Game telah membuat kemunculan semula dalam acara Monday Night RAW semalam dia beliau bertemu Randy Orton.

Selepas berlaku perang mulut antara beliau dengan Orton, Triple H pada awalnya menolak untuk bertarung dengan the legend killer itu.

Beliau merasakan bahawa tiada faedah sama sekali untuk memberi Orton apa yang beliau mahukan pada ketika ini.

The Viper kemudiannya menuduh Triple H pengecut dengan menganggap bahawa the king of king itu tertinggal ‘bola’ nya di dalam dompet isteri beliau, Stephanie McMahon.

Triple H yang tercabar dengan ayat biadap dari Randy Orton itu kemudiannya berpaling dan melepaskan tumbukan padu di muka The legend killer itu.

Insiden tersebut membawa ke perlawanan antara mereka berdua di acara kemuncak dan ia merupakan perlawanan pertama Triple H sejak June 2019.

Memandangkan sudah 18 bulan tidak bergusti, aksi Triple H dalam perlawanan tersebut boleh lah dianggap sebagai aksi yang cukup mantap.

Beliau berjaya mendominasi Orton dari awal pertarungan sehingga terlihat kesan darah di muka the viper sebelum perlawanan mereka diganggu dengan lampu yang terpadam.

Ramai yang beranggapan bahawa insiden tersebut sebenarnya tanda The Fiend akan membuat kemunculan semula.

Namun yang muncul hanyalah Triple H yang memegang tukul kegemaran beliau yang dinyalakan api pada besi tukul tersebut.

Untuk menutup acara RAW, Alexa Bliss membuat kemunculan di atas gelanggang dan melepaskan bola api mengenai muka Randy Orton.

Randy Orton yang terkena bola api tersebut menjerit-jerit lalu terbaring di atas gelanggang sebelum acara tersebut berakhir.

Ia agak sedikit mengarut untuk melihat seseorang penggusti kini sudah ada kuasa seperti kartun dragon ball beraksi di gelanggang WWE.

WWE mungkin ketandusan idea untuk hadapai seteru utama mereka AEW hingga terpaksa mengeluarkan idea aneh sedemikian rupa.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.