Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood kini sudah berjaya menjaringkan 55 gol sepanjang musim ini.
Front three United itu telah menjaringkan gol lebih banyak berbanding trio Liverpool, Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino yang menjaringkan 51 gol sahaja sepanjang musim ini.
Seperti sedia maklum, Liverpool sudah pun ditabalkan sebagai Juara saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas kekalahan Manchester City kepada Chelsea minggu lalu.
Manchester United front three #MUNBOU Martial, Greenwood and Rashford pic.twitter.com/pvvGaP7GzC
— Dan Kipsoi 🇰🇪 (@Dante_oi) July 4, 2020
Liverpool telah mengharungi musim ini dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang, mereka cuma baru tewas dua perlawanan sahaja dalam saingan liga musim ini.
Berbeza dengan setan merah yang mempamerkan aksi tidak menentu pada awal musim dan hanya mempamerkan persembahan terbaik bermula Januari lalu.
Trio handalan Liverpool terkenal sebagaj antara font three terbaik dunia dengan apa yang sudah dipamerkan oleh mereka dalam dua musim terakhir ini.
Namun dengan tidak di duga, trio Manchester United yang sebelum ini tidak diberi perhatian sebenarnya lebih banyak menjaringkan gol berbanding mereka.
Mason Greenwood antara pemain muda yang perlu diberi perhatian, beliau menggalas tugas yang diberi oleh pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer dengan begitu baik sekali.
✓ Mason Greenwood
✓ Marcus Rashford
✓ Anthony MartialManchester United front three on the scoresheet against Bournemouth. #MUNBOU pic.twitter.com/bWR9pcNKm7
— Sally Ian😎 (@SallyIan5) July 4, 2020
Mason Greenwood sudah berjaya menjaringkan lapan gol dalam kancah saingan Premier League lalu mencatatkan nama beliau sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol ketika berusia bawah 18 tahun.
Hanya Michael Owen, Wayne Rooney dan Robbie Fowler sahaja pemain yang menjaringkan gol lebih banyak dari Greenwood ketika berusia 18 tahun dan ke bawah.
Anthony Martial juga musim ini menunjukkan peningkatan yang sangat drastik dengan menjadi antara penjaring utama untuk skuad setan merah.
Dari 27 penampilan beliau bersama setan merah musim ini, Anthony Martial telah berjaya menjaringkan 15 gol dan mencatatkan 3 assist dalam saingan liga.
Marcus Rashford sendiri tidak kurang hebatnya musim ini, walau dibelenggu kecederaan namun beliau tetap berjaya untuk mencatatkan 15 gol dan 7 assist dari 26 penampilan dalam saingan premier league.
(1)🔴🔴Coach Ole Gunnar Solskjaer rates Manchester United front-three😄👇👇
.
“I think Mason [Greenwood], Anthony [Martial] and Marcus [Rashford] this season have been fantastic. They’ve scored upwards of 50 goals, the three of them. pic.twitter.com/ZMVmFVHgm5— MUFC unite (@MUFCunite) May 8, 2020
Musim ini juga pertama kalinya dua pemain United berjaya menjaringkan lebih dari 10 gol dalam saingan liga selepas kali terakhir dilakukan pada musim 2007/08 oleh Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.