Trent Alexander-Arnold: “Saya Insaf Selepas Disekolahkan Rashford”

Trent Alexander-Arnold mengakui bahawa perlawanan berhadapan Manchester United adalah yang paling sukar di dalam kariernya.

Trent Alexander-Arnold menjadi pemain yang sangat meningkat naik di  bawah kendalian Jurgen Klopp. Malah turut menempatkan diri dalam kelompok bek kanan elit di dunia.

Beliau memiliki kepakaran bola mati dan juga mampu mencipta peluang gol secara berterusan.

Trent Alexander-Arnold juga menjadi antara pemain yang bermain untuk pasukan kebangsaan England pada usia muda.

Beliau berterima kasih kepada akademi Liverpool yang banyak membantunya dalam pembangunan kariernya.

Trent Alexander-Arnold  melakukan 12 assist musim lalu dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau menjadi nadi penting The Reds ketika menjulang UCL musim lalu.

Trent Alexander-Arnold berkongsi beberapa pengalaman beliau di dalam karier setakat ini dengan The Atletic.

Bercerita tentang perlawanan paling sukar di dalam kariernya, setakat ini Arnold memilih aksi ketika beliau di Old Trafford pada Mac 2018.

2 kesilapan Anold membolehkan Manchester United menang 2-1. Beliau menyatakan ketika itu beliau melakukan kesilapan kerana memandang rendah kemampuan Marcus Rashford.

Trent Alexander-Arnold kemudian menyatakan aksi Marcus Rashford pada hari itu telah memberikan banyak pengajaran berguna kepadanya dan menjadi salah satu titik tolak penting kepada usahanya meningkatkan prestasinya.

“Ya, itu perlawanan paling sukar dari sudut bola sepak dan juga secara 1 lawan 1 dengan lawan. Beliau [Rashford] adalah orang yang telah mengenepikan saya secara teruk ketika itu dari segi bola sepak profesional.”

“Saya mengakui ketika itu saya memandang rendah beliau dan silap perkiraan. Ia telah menjadi learning curve yang paling penting dalam karier saya.”

Arnold menganggap ia sebagai prestasi terburuk pada musim 2017/18 untuk seorang pemain Liverpool.

“Itu adalah perkara yang saya benci ia berlaku. Untuk seorang pemain Liverpool, itu adalah prestasi terburuk musim tersebut, dengan aksi sebegitu.”

Trent Alexander-Arnold berlapang dada di atas apa yang berlaku dan beliau mengambil iktibar daripadanya.

“Namun setiap apa yang berlaku, kamu harus mengambil iktibar dan belajar darinya.”

Ia memberikan realiti check kepada Trent Alexander-Arnold . Dan beliau memberikan respon untuk menjadi lebih matang.

Marcus Rashford dan Trent Alexander Arnold kini menjadi pemain utama dalam pasukan masing-masing dan juga pemain kebangsaan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.