Transgender Pecah Rekod Dunia Acara Wanita, Mendapat Kecaman Ramai Pihak

Seorang pelumba basikal transgender telah memenangi acara berbasikal dengan rekod dunia. Dia kemudian menerima banyak kecaman daripada ramai pihak yang mempertikaikan kemenangannya.

Transgender bernama Rachel McKinnon, 37, memenangi emas dalam kategori 35-39 di Masters Track World Championships yang berlangsung di Manchester pada Sabtu

McKinnon mengesahkan dirinya sebagai transgender pada 2012 dan mula terlibat aktif dalam sukan lumba basikal profesional yang mula 2016.

Sejak menyertai Sukan lumba basikal pada 2016 namanya mulai meningkat naik dengan sangat mendadak dengan banyak kejayaan yang dicapai.

Aktivis Fairplay For Women dan Save Women Sport antara mereka yang tampil mengecam. Selain itu, McKinnon turut menerima kritikan daripada Victoria Hood, yang merupakan antara pelumba basikal wanita berprofil tinggi di Britain

McKinnon dalam kenyataan balasnya menyatakan dia tidak mahu melawan sains yang menyatakan secara biologi atau fizikal dia ada kelebihan berbanding dengan wanita lain.

Namun begitu McKinnon kemudian menyatakan bahawa sebagai manusia dia juga berhak untuk terlibat dan bertanding dalam mana-mana sukan.

“Sains jelas menyatakan bahawa wanita transgender ada kelebihan.”

“Tetapi setiap manusia ada hak untuk menceburi bidang sukan. Saya tidak rasa manusia lain berhak untuk menentukan kategori mana yang patut kamu pilih.”

Pada tahun lalu dia memecahkan rekod dalam acara 200 meter pecutan pada kejohanan UCI Masters World Track Cycling Championship. Serta turut memenangi acara yang berdasarkan kategori umur, 35-44.

McKinnon turut mengecam balik Victoria Hood, kerana menurutnya beliau tidak pernah berlumba dengan perlumbaan tersebut.

Pada Disember 2018, McKinnon telah mengutuk pemenang 18 kali Grand Slam, Martina Navratilova. Ini selepas Martina menuduh McKinnon sebagai menipu dan gila, bertanding dalam kategori yang disertai wanita sejak lahir.

McKinnon menggelarkan Martina sebagai ‘transphobic’.

Martina yang bengang dengan kenyataan McKinnon telah mempersoalkan tahap football testosteron di dalam badan McKinnon, yang telah melampaui had yang telah ditetapkan oleh badan berbasikal dunia.

Satu lagi bantahan diterima ke atas McKinnon patut tahun lalu adalah dari pelumba yang memenangi tempat ketiga dalam acara UCI Masters Track Cycling World Championships di Los Angeles, iaitu Jennifer Wagner. Jennifer menggelarkan perlumbaan itu sebagai tidak adil.

Namun McKinnon berkata: “Saya sudah berlumba dengan Martina dalam 13 perlumbaan sebelum ini. 11 daripadanya saya tewas kepada beliau.”

“Adakah itu tidak adil? Excuse me?”

McKinnon bertekad tidak akan tunduk kepada tekanan dan desakan yang diterimanya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.