Bekas kapten AS Roma, Francesco Totti menyatakan sebab utama beliau menolak tawaran untuk menyertai Real Madrid adalah kerana penyokong, rakan sepasukan dan juga keluarga.
Totti mendapat perhatian daripada Real Madrid pada jendela perpindahan 2014. Namun pemain kelahiran Roma itu memilih untuk terus kekal bersama kelab kebanggaan Rom itu sehingga ke penghujung kariernya pada 2017.
Menurut laporan, Los Blancos menawarkan harga €25 juta untuk Roma berhijrah ke Barnebeu. Namun demikian Totti akhirnya kekal di Stadio Olimpico.
“Saya sebenarnya tidak menolah, malah saya sering memikirkannya. Seperti saya pernah katakan, 80% [niat untuk berpindah] itu ada,” kata Totti baru-baru ini.
Totti mengaku pada ketika itu ia adalah keputusan mudah untuk terus menyertai Real. Malah isterinya, Ilary Blasi juga sudah beredia dengan kehidupan baru di Madrid.
🗣 Totti: “I had an 80% intention of joining Real Madrid.
"It was not the best period at Roma and they offered me a lot. I was to have a contract of about €25m.
"They offered everything except the captaincy because Raul was there.”
Things could've been so different 😯 pic.twitter.com/HdJMqhVaou
— Goal (@goal) May 18, 2020
Namun penyokong AS Roma, rakan-rakan dan keluarganya di Itali menjadi penghambat utama untuk beliau meneruskan niat tersebut.
“Isteri saya, Ilary berkata ‘Saya akan meninggalkan segalanya, saya akan pergi dengan mu, mari kita buat keputusan ini’.
“Tetapi Keputusan [yang di buat] dari hati, memikirkan suporter, teman, dan keluarga,” kata Totti.
Selepas menolak tawaran dari Real Madrid, Totti berpendapat beliau kemudiannya tampil sebagai pemain yang berbeza. Perasaan itu adalah kerana beliau berani menolak peluang untuk menyertai Madrid.
Madrid sanggup menebus klausa pelepasan €25 juta Totti, memberikan segalanya yang dimahukan pemain itu, kecuali lilitan kapten yang dimiliki oleh Raul Gonzalez.
Menurut Totti, Raul adalah kapten dan simbol kepada Real Madrid.
“Saya melakukan sesuatu yang berbeza dari apa yang selalu dilakukan pemain lain. Kebiasaan pemain akan pergi ke Madrid, Barcelona, Bayern Munich apabila ditawarkan. Saya pula berbeza,” ujar Totti.