Tottenham Berminat Untuk Menandatangani Jesse Lingard

Tottenham Hotspur kini dalam perancangan untuk membida Jesse Lingard dari Manchester United dengan nilai £30 juta.

Pemain berusia 27 tahun itu gagal untuk menyerlah bersama setan merah sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Beliau juga tidak menjadi pilihan utama oleh Ole Gunnar Solskjaer dan sering diketepikan dari skuad utama, Lingard bakal menjadi free ejen pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Lingard juga dilaporkan mungkin akan berhijrah ke Serie A pada Januari nanti, beliau cuma membuat 40 penampilan sahaja untuk setan merah dalam semua pertandingan musim lalu.

Dari 40 perlawanan itu, Jesse Lingard berjaya menjaringkan empat gol dan mencatatkan 2 assists.

Pemain kebangsaan England itu juga telah diketepikan dalam perlawanan Menentang Crystal Palace awal pagi tadi.

Mungkin kerana ketiadaan beliau punca utama setan merah tewas 3-1 di halaman mereka sendiri awal pagi tadi.

Menurut laporan dari The Daily Star, Tottenham bersedia untuk menandatangani Lingard dan menawarkannya kesebelasan utama serta membantunya melupakan mimpi ngeri beliau bersama United.

Menurut laporan dari Akhbar tempatan, Lingard berasa marah ketika pengurus United, Ole memberitahunya bahawa dia tidak akan menyenaraikan nama pemain midfield itu untuk perlawanan pembukaan liga mereka menentang Palace.

The Daily Star turut mendakwa bahawa pemain United itu sudah cuba untuk berbincang dengan pengurus kelab tentang masa depannya di United.

Namun menurut pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, pemain itu tiada dalam perancangannya dan Lingard sendiri turut merasakan bahawa dirinya diabaikan dalam skuad setan merah.

Jose Mourinho dilaporkan mahu bertanggung jawab atas situasi yang sedang dialami Lingard kini bersama United dan menawarkan peluang kedua untuknya bersama Spurs.

Spurs sudah menambah baik skuad sedia ada mereka dengan menandatangani Sergio Reguilon dan membawa kembali bekas bintang sensasi mereka, Gareth Bale.

Terdapat sumber yang menyatakan bahawa ‘Special One’ mahu menambah lagi beberapa pemain untuk ditandatangani sebelum jendela perpindahan ditutup untuk merebut kedudukan empat teratas dalam saingan liga musim ini.

Bekas pemain United, Luke Chadwick baru-baru ini menyatakan bahawa Lingard sebenarnya masih banyak lagi kebolehan yang boleh ditunjukkan kepada Ole Gunnar Solskjaer.

“Jesse Lingard jelas mempunyai sejarah yang sangat hebat bersama kelab, dia merupakan produk akademi.”

Jelasnya pada CaughtOffside.

“Dia berjaya masuk ke skuad utama, dia melalui karier yang agak bagus dan mungkin sekarang dia sukar ekoran dari situasi peribadinya yang memberi impak negatif pada prestasinya musim lalu.”

“Tetapi ketika dia berada dalam prestasi terbaiknya, Jesse Lingard masih banyak yang boleh ditunjukkan kepada Ole.”

“Kita bercakap tentang pemain seperti Paul Pogba, Bruno Fernandes, semuanya memiliki aksi yang hebat, tetapi saya fikir apa yang Lingard miliki juga sungguh mengagumkan, tidak kira ketika dia beraksi bahagian tengah atau sayap.”

“Dia jenis pemain yang boleh memahami permainan dengan baik dan dia juga mahir membaca pergerakan bola.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.