Tomok merupakan penyanyi terkenal tanah air. Menempa nama pada awalnya dengan New Boyz. Beliau kemudian melebarkan sayapnya sebagai penyanyi solo.
Tomok juga merupakan penyokong setia Manchester United. Dan beliau tidak menyembunyikan, bahawa ketika ini, memerlukan kesabaran untuk beliau sebagai seorang penyokong.
Ini kerana prestasi semasa Manchester United yang agak buruk. Mengutip hanya 9 mata daripada 8 perlawanan. Mereka kini hanya 2 mata daripada zon penyingkiran.
Terbaru, Manchester United ditewaskan pasukan yang berhadapan krisis prestasi, Newcastle.
Tomok menyatakan: “Waktu inilah yang memerlukan kesabaran paling tinggi sebagai peminat Manchester United. Dengan hanya sembilan mata selepas lapan perlawanan..itu sudah cukup menyakitkan.”
Tomok kemudiannya menyatakan Manchester United telah banyak memberikan beliau kegembiraan sebelum ini, dengan mendakap banyak piala.
“Tetapi Man Utd telah banyak memberikan kegembiraan sebelum ini untuk aku. Banyak piala sudah dalam genggaman,” tambah beliau lagi.
“Marah memang marah. Tapi hati tetap setia dengan team kesayangan aku ni.”
Seterusnya Tomok menganggap misi 20 haribulan ini sebagai misi wajib menang. Merujuk kepada perlawanan menentang Liverpool.
Manchester United dan Liverpool merupakan musuh utama dalam bola sepak. Mereka merupakan 2 kelab yang paling berjaya di England.
Bagi Tomok, dengan kemenangan ke atas Liverpool ianya akan membuatkan para penyokong Liverpool tidak lagi berkokok.
“20 hari bulan (Oktober) misi wajib menang. Jangan bagi diorang BERKOKOK lagi.”
“Selamanya Harimau Malaya, Negeri Sembilan dan MANCHESTER UNITED!”
Manchester United pastinya mahu memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga, dalam usaha mereka kembali beraksi di UCL pada musim hadapan.
Liverpool pastinya sedar, laungan amaran oleh Solskjaer sebelum ini yang menyifatkan bahawa perlawanan menentang Liverpool adalah perlawanan yang sempurna untuk mereka bangkit, dalam keadaan mereka sedang terluka.
Manchester United jelas mahu menjadikan Liverpool sebagai kunci kepada kebangkitan mereka musim ini. Liverpool yang merpakan musuh utama United, kini sedang menikmati 8 kemenangan daripada 8 perlawanan.