Pemain naturalisasi negara, Mohomadou Sumareh dilaporkan akan disaman oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kerana melanggar kontrak.
Pemain sayap itu dikatakan masih mempunyai kontrak bersama Pahang, namun disahkan menyertai kelab Liga Thai, Police Tero FC semalam.
Sebelum ini Sumareh didakwa menghilangkan diri menjelang perlawanan menentang JDT menyebabkan ramai yang tertanya-tanya akan status pemain itu.
https://www.facebook.com/policeterofc/videos/743068799808854/?__xts__%5B0%5D=68.ARBRiH8iadMxaoSVy8isV3WfOqIbJsomHP7VjA_wCyJCmwxKmgkSyFBs2rOzn9MkXNJngSblC_rD3F9vKpLcyfeghCcR9war4EXWIOGu2OdU6mWEzvXItCbNkGrLc_RHBwXOqNHHDp-qATs7EZic1c3SE7VWkWrme-J53yYGlHwwt6bEF5smkjY3K-IMutC9ZylqQ7-nnpnj17gRg0SG5ToSFTABk6EJbWNxhfRCfR9JsmmkDr0gdp6YemaIbPLineA6df0gECdUcSRLx7ydrmED7zRiol4fZjcCDvTJlq-5P0nifYtaQjE7sOoLJWHSB8WQiJMbCDFGxzS6fWz_LkjJBei2wQ&__tn__=-R
Dalam satu laporan oleh Arena Metro pada hari ini, PBNP berkata pihak mereka tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran gaji kepada Mohamadou Sumareh.
“Apa yang boleh saya katakan Sumareh bakal berdepan tindakan undang-undang kerana dia masih lagi mempunyai kontrak bersama Pahang,” kata pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang semalam.
“Tindakan Sumareh sudah melanggar syarat kontrak dan Pahang mempunyai tempoh 10 hari untuk memprotes perpindahannya ke Police Tero FC membabitkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC),” katanya lagi.
Penamatan kontrak oleh sebelah pihak seperti dilaporkan sebelum ini (klausa 8.7) juga didakwa bertentangan dengan perjanjian.
Ini kerana menurut PBNP pemain itu sebenarnya masih mempunyai ruang untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkannya pada peringkat dalaman seperti tertera di dalam perjajian.
Peguam Mohamadou Sumareh yang dikatakan berpangkalan di Switzerland sedang 'prepare' bukti bagi menjawab kenyataan media PBNP untuk memastikan anak guamnya di pihak yang betul. @ASTROARENA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 8, 2020
Dalam perkembangan berkaitan, Sumareh dikatakan telah merujuk kes beliau kepada peguam yang berpengkalan di Switzerland.
Malah peguam yang dilantik dikatakan sedang mengumpul bukti bagi memastikan Sumareh tidak bersalah dalam hal ini.
Apa-apa pun kita harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik.
Semalam Sumareh tampil dalam satu klip video pengenalan sebagai pemain Police Tero FC.
“My name is Mohamadou Sumareh. Hello. To all Police Tero fans, see you soon in Bangkok,” ucap pemain itu dalam satu klip ringkas.
Video tersebut mengesahkan Sumareh kini milik Police Tero.