Semalam telah berlangsung satu sesi taklimat khas di kem JDT sebelum sepak mula Piala Malaysia. Pemilik JDT, Tunku Ismail (TMJ) memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain Harimau Selatan dalam sesi tersebut.
TMJ dengan nada tegas berkata: “Kepada anda semua, tujuan saya hari ini saya memanggil anda semua, adalah kerana saya ingin memberikan gambaran jelas tentang projek JDT.”
Jadi, sebagai pemain, sebagai staf atapun sebagai orang yang bekerja di dalam kelab, berhak untuk tahu perkembangan kelab, perancangan kelab, apa dia kelab pada masa akan datang,” jelas TMJ lagi.
“Sentisa bertenaga dan sentiasa dalam karektor yang terpuji, jangan cakap dengan aku, yang anda akan ‘struggle’ atau tak boleh menang Piala Malaysia ini. Semua ini di sini pemikiran). Jika kamu semua percaya kita boleh menjuarai Piala Malaysia, maka kita akan boleh menang Piala Malaysia.”
“Tetapi ini semua ada di dalam kepala masing-masing, adakah kamu mahukannya?”
“Kamu harus ada keinginan serta ‘api’ semangat untuk menang. Tak boleh setakat hanya bermain. Tidak! Kamu bermain untuk kelab besar. Kamu kena fagam, setiap kali kamu menyarung jersi dengan ada logo itu (JDT) dekat dada kamu, ia bukan satu beban, tetapi ia satu peluang untuk kamu bersinar.”
TMJ kemudiannya menyatakan beliau hanya ingin para pemainnya percaya kepada diri mereka. Beliau berbangga kerana JDT menikmati musim yang hebat dengan mencipta sejarah. Tetapi masih ada banyak lagi perkara perlu ditempuhi.
“Kekadang susah juga, pasal, apabila kamu bergelar juara. Ya, memang kita sudah letakkan sasaran daripada awal musim, kejuaraan Liga Super untuk mencatat hatrik berganda untuk bermain di ACL. Dan kita sudah berjaya mencapainya.”
“Sekarang ini kita cuba ‘push’ para pemain ini lebih jauh, ianya satu cabaran yang sukar. Tetapi kalau kita semua letakkan fokus dan usaha untuknya, Insya-Allah kita mampu melakukannya.”
“Buat masa ini, saya perlu memastikan diri saya memotivasikan para pemain dan ‘push’ para pemain ini. Yang susahnya, saya sudah memotivasikan para pemain ini sejak pra-musim. Jadi selepas kita mencapai matlamat, kita nakkan lagi satu lagi trofi, satu lagi trofi. Itu bukannya mudah tetapi ianya tidak mustahil.”
“Apapun, musim ini luar biasa, saya suka dengan musim ini, kita berjaya mencipta sejarah. Dan kita akan pergi ke fasa seterusnya.”
JDT merupakan juara Piala Malaysia pada 2017. Musim ini JDT sudah pun menjuarai Liga Super 2019. Impian mereka adalah untuk menamatkan musim ini dengan domestic doubles.
Kredit imej: JST