Pemilik pasukan JDT, TMJ telah membuat pendedahan menggemparkan dunia bola sepak Malaysia tentang prospek sensasi Luqman Hakim.
Sebuah laman peminat Kv Kortijk Malaysia Fan menerusi Instagram mereka telah meminta peminat Malaysia mengikuti laman mereka.
Namun TMJ telah membuat satu komen di bawah hantaran tersebut menyatakan bahawa, sebenarnya, Luqman Hakim ke Belgium menyertai KV Kortrijk bukan sebab kelab tersebut mahukan.
Malah TMJ menegaskan beliau sudah mendapat tahu perkara itu sendiri daripada pemilik kelab tersebut iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Menurut TMJ, Vincent Tan memberitahu kepada baginda bahawa dia tidak membeli Luqman Hakim, sebaliknya terpaksa mengambil disebabkan permintaan khas dari 2 individu berstatus tinggi di dalam Malaysia.
TMJ percaya pemain yang bagus tak perlu dilelong pun. Kerana pasti ada kelab besar yang datang memburu khidmat mereka.
TMJ berkata: “@kvkortrijk_malaysiafan your Boss (bos kamu) Tan Sri Vincent Tan beritahu saya dia tak beli Lokman, tetapi dia terpaksa ambil pasal menteri Tissue dan Tun request. Demi kepentingan politik. ”
“Player kalau bagus tak payah lelong. Orang akan cari dan beli sendiri. Apa-apa semoga pemain berjaya. Jangan jadi victim (mangsa) kepada conman.”
Kenyataan TMJ itu telah menggemparkan ramai pihak. Tahun lalu, Loqman Hakim diperkenalkan sebagai pemain baharu KV Kortijk dalam satu majlis khas yang turut dihadiri Menteri Beliau dan Sukan ketika itu, Syed Saddiq.
Dalam majlis tersebut Luqman Hakim diperkenalkan dengan jersi pasukan baharunya. Vincent Tan turut hadir dalam majlis tersebut.
Seorang pengamal media, Vijhay menghangatkan lagi keadaan dengan menyatakan: “@hrhcrownprinceofjohor (TMJ), saya masih tidak percaya, bahawa ada sidang media mengumumkan perjanjian dengan jersi pasukan TANPA benar benar menandatangani apa apa.”
“Pertama kali di dunia ini! Lagak populariti?”
Luqman Hakim menjadi pemain yang meningkat naik selepas cemerlang bersama skuad pembangunan Malaysia dan mendapat panggilan skuad Sukan SEA tahun lalu.
Beliau terpaksa menangguhkan perjalanannya ke Eropah kerana covid-19. Beliau berlatih bersama dengan skuad Selangor untuk mengekalkan tahap kecergasannya.
Dan kini pemain muda itu dikhabarkan sudah bersedia untuk terbang ke Belgium.
Halaman terkemuka The Guardian pernah menyenaraikan namanya sebagai salah seorang pemain remaja berbakat besar di dalam bola sepak dunia pada hari ini.