Tindak Balas RB Leipzig Selepas Manchester United Berminat Mendapatkan Upamecano

RB Leipzig benar-benar mahu memastikan semua orang tahu bahawa Dayot Upamecano sudah menandatangani perjanjian baru dengan kelab dari Jerman itu.

Mereka memperbesarkan berita tentang penyambungan kontrak Dayot Upamecano selepas pemain itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Pasukan dari premier league itu kini hanya tinggal menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan penandatanganan mereka untuk jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain pertama yang ditandatangani oleh setan merah pada musim panas ini adalah, Donny Van De Beek dari Ajax yang dilaporkan sudah selesai menjalani medikal untuk menyertai Manchester United.

Selepas semua urusan perpindahan melibatkan bintang Ajax itu selesai, setan merah berminat untuk meneruskan usaha mereka menandatangani centre back Leipzig itu.

Upamecano telah mempamerkan aksi sungguh mengagumkan ketika kempen saingan liga Juara-juara musim lalu dan kerana aksi hebatnya itulah Ole Gunnar Solskjaer mahu mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 21 tahun itu baru-baru ini menandatangani perjanjian baru bersama Leipzig dan sekiranya ada pihak yang tidak mengatahuinya, pasukan sosial media kelab telah menjalankan tugas mereka untuk mengumumkan hal tersebut kepada umum.

Pasukan media RB Leipzig mengumumkan perkara tersebut sebanyak tiga kali dalam tempoh dua jam melalui laman twitter milik mereka.

Pemain pertahanan Perancis itu telah beraksi bersama kelab kontroversi di Liga Jerman itu selama hampir tiga tahun setengah.

Sebelum beraksi bersama Leipzig, beliau merupakan pemain untuk pasukan Red Bull Salzburg.

Upamecano menandatangani perjanjian bersama Leipzig dari Salzburg dengan nilai perpindah bernilai €10 juta pada Januari 2017.

Sebelum ini beliau sering dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, dan selepas melihat aksi hebatnya membantu Leipzig mara sehingga ke peringkat separuh akhir liga Juara-juara, beliau berjaya menarik minat dari setan merah untuk menandatanganinya.

Aksinya dalam kempen liga Juara-juara yang lalu sungguh mengagumkan terutama ketika peringkat suku akhir bertemu Atletico Madrid, itu adalah antara aksi terbaiknya sepanjang musim ini.

Dengan membelanjakan £80 juta untuk menandatangani Harry Maguire dari Leicester, barisan pasukan Manchester United dilihat semakin bagus dan kebal.

Solskjaer kini sedang dalam usaha untuk mencari gandingan terbaik bagi digandingkan dengan ketua pasukan setan merah yang bernilai £80 juta itu.

Kedua-dua Victor Lindelof dan Eric Baily telah mempamerkan aksi tidak menentu sejak ketibaan mereka ke Old Trafford dan pengurus mahu mendapatkan seorang pemain yang lebih pantas di posisi itu.

Selain dari Upamecano, setan merah turut sangat berminat untuk menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Sancho merupakan pemain paling dikehendaki oleh skuad setan merah namun sehingga kini mereka masih belum mampu untuk memenuhi harga yang diminta oleh Borussia Dortmund.

Dari semua pemain yang diburu oleh setan merah pada jendela perpindahan musim panas ini, yang sudah hampir pasti menyertai mereka setakat ini hanyalah Van De Beek.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.