Timo Werner Tak Ingin Sertai Pasukan Liverpool Kerana Menurut Beliau, Pasukan Itu Terlalu Power Untuk Beliau

Mesti korang selalu dengar alasan kena reject dengan awek berbunyi, ‘Awak terlalu baik untuk saya’.

Kali ini alasan itu digunakan oleh Timo Werner untuk menolak tawaran daripada juara dunia, juara Eropah iaitu Liverpool.

Ianya sesuatu yang di luar jangkaan semua pihak apabila ada pemain yang seperti Werner menolak peluang untuk beraksi dengan pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu.

Timo Werner mendedahkan beliau didatangi oleh tawaran lumayan dari Anfield pada tahun lalu. Liverpool mahu beliau datang ke Anfield untuk memperkuatkan pasukan mereka.

Tetapi beliau memutuskan untuk menolaknya kerana tidak mahu memanaskan bangku simpanan apabila menyertai Liverpool.

Sejak bermain untuk RB Leipzig, nama Timo Werner meningkat naik dengan sangat mendadak sekali. Beliau juga merupakan pemain kebangsaan untuk pasukan negaranya, Jerman.

Setakat ini Werner sudah bermain 139 kali untuk RB Leipzig. Daripada jumlah itu, beliau sudah menjaringkan 84 gol secara keseluruhannya.

Maka, dengan itu, pemain berusia 23 tahun itu telah menjadi penyerang pilihan utama jurulatih pasukan kebangsaan iaitu Joachim Low.

Selain daripada Liverpool, pasukan Manchester United juga dikaitkan dengan beliau.

Dipetik daripada laman, The Athletic, Werner terpaksa menolak tawaran Liverpool kerana beliau tidak yakin beliau cukup bagus untuk bermain dan bersaing dengan trio serangan Liverpool iaitu Sadio Mane, Roberto Firmino serta Mohamed Salah.

Trio serangan Liverpool itu dianggap antara yang terbaik di dunia pada ketika ini. Musim lalu, Sadio Mane dan Mohamed Salah berkongsi kasut emas EPL bersama dengan Pierre Emerick Aubameyang.

Menurut Werner, beliau kalau boleh tidak mahu menyertai pasukan yang tidak menawarkan beliau jaminan sebagai pemain kesebelasa utama.

Timo Werner kini dikaitkan dengan banyak lagi pasukan lain, ini termasuk pasukan Chelsea yang mahu menjadikan pemain itu penyerang utama mereka.

Werner penyerang yang tajam dan memiliki kepantasan larian yang menjadi mimpi ngeri pertahanan dan penjaga gol pasukan lawan.

Namun agak sayang beliau tidak menyertai Liverpool musim lalu. Kerana Liverpool menamatkan saingan sebagai juara Eropah.

Timo Werner merupakan seorang penyerang tengah yang masih muda. Jadi, masih ada banyak ruang untuk membangun sebagai bakat luar biasa pada masa yang akan datang.

Berdasarkan kontrak semasa ada pada beliau, Timo Werner dikatakan memiliki klausa pelepasan sekitar €50 juta ataupun £42.6 juta.

Angka yang agak berbaloi untuk mendapatkan pemain ini berdasarkan harga pasaran semasa ketika ini.

Selain daripada Chelsea, Timo Werner turut dikaitkan dengan Bayern Munich.

Buat masa ini Timo Werner sedang fokus dengan kariernya di RB Leipzig bersama dengan pengurus baharu iaitu Julian Nagelsmann.

Adakah Timo Werner akan berpindah ke kelab lain selepas ini? Musim lalu beliau sudah membayangkan bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontraknya di RB Leipzig.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.