Thomas Tuchel Dedah Tiga Pemain Yang Mahu Beliau Tandatangani Musim Panas Ini

Thomas Tuchel dilaporkan akan menerima £200 juta dari pimpinan kelab untuk menandatangani pemain baru sebagai langkah persiapan menghadapi musim baharu nanti.

Pengurus Chelsea itu juga sepertinya sudah menyasarkan tiga pemain untuk ditandatangani dengan dana yang beliau perolehi pada musim panas ini.

The Blues mengeluarkan dana bernilai £220 juta pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan mereka ketika itu menandatangani pemain seperti Timo Werner dan Kai Havertz.

Terdapat laporan terbaru yang menyatakan Roman Abramovich sekali lagi akan mengeluarkan dana yang besar pada musim panas ini.

Ia kerana pemilik Chelsea itu mahu terus memberi sokongan kepada Thomas Tuchel selepas kejayaan bekas pengurus PSG itu membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League musim ini.

Pengurus dari Jerman itu akan diberikan tawaran kontrak baru selepas ini dan beliau ketika ini sedang sibuk mencari pemain baru untuk dibawa masuk bagi menghadapi saingan musim baharu nanti.

Thomas Tuchel dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain seperti Romelu Lukaku, Declan Rice dan Adama Traore untuk ditandatangani pada jendela musim panas nanti.

Lukaku sebelum ini pernah menghabiskan tiga musim bersama Chelsea sebelum dijual ke Everton, yang mana ketika itu beliau telah menikmati karier yang gemilang hingga menarik minat Manchester United untuk menandatanganinya.

Chelsea ketika ini sangat berminat untuk menandatangani semula bekas penyerang mereka itu, dengan Lukaku ketika ini berpotensi untuk dilepaskan ekoran dari masalah ekonomi Inter Milan.

Tuchel juga ketika ini memerlukan khidmat pemain midfield dengan Declan Rice merupakan pemain paling beliau mahukan ketika ini.

Ketua pasukan West Ham itu telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim ini.

Selain Chelsea, Manchester United dan Manchester City juga telah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu.

Pengurus yang membantu Chelsea menjuarai Champions League itu juga sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Wolves, Adama Traore pada musim panas ini.

Beliau mahu menggunakan Adama Traore sebagai pencabar kepada tempat Reece James sebagai wing-back kanan Chelsea.

Bercakap tentang perancangan beliau berkait jendela perpindahan ini, Tuchel telah meluahkan keinginan beliau untuk mendapatkan dua atau tiga pemain baru.

“Dua atau tiga penandatanganan baru sudah sangat, sangat cukup bagus.”

Jelas Tuchel.

“Ia merupakan hal biasa untuk tidak mengelak dari perubahan. Yang mana kamu perlu selalu membawa masuk tenaga baru, orang baru yang akan mempersoalkan kepercayaan lama, yang akan mencabar semua orang tak kira ketika latihan mahupun hari perlawanan, jadi saya rasa ia merupakan perkara yang baik.”

“Kita tak perlukan sampai tujuh dan kita tak perlu membawa pemain yang lengkap dan hebat untuk ditandatangani, kerana sudah menjadi tugas kita untuk terus menambah baik skuad sedia ada, kerana kami masih mempunyai barisan pemain muda dan ia kami juga tak mahu mereka rasa tempat mereka telah dirampas.”

“Kami mahu beri ruang kepada mereka untuk buktikan kemampuan mereka dan benarkan mereka terus berkembang di sini.”

“Tapi kami juga ada beberapa cadangan, sudah tentu, untuk memastikan skuad semakin kuat dan saya rasa ini akan selalu membantu mereka untuk kekal positif dan membantu kami mencapai kejayaan.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.