Thomas Partey Pamer Aksi Midfield Bertaraf Dunia Dalam Perlawanan Bertemu Manchester United

Thomas Partey mempamerkan aksi midfield bertaraf dunia dalam membantu Arsenal menewaskan Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.

Partey yang kini berusia 27 tahun telah turun sebagai kesebelasan utama untuk Gunners yang berjaya mengutip tiga mata penting dalam perlawanan liga awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Ghana itu mula menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai perpindahan bernilai £45 juta.

Beliau telah mempamerkan aksi midfield bertaraf dunia dengan membantu jentera serangan mahupun membantu barisan pertahanan dengan cukup sempurna.

Pada babak pertama permainan sahaja, Partey telah berjaya mencatatkan statistik yang cukup luar biasa berbanding pemain lain atas padang.

Partey menjadi tumpuan dalam perlawanan ini yang mana kebanyakkan peminat telah membandingkan aksi cemerlangnya dengan aksi hambar yang dipamerkan oleh Paul Pogba di media sosial.

“Partey berhak dipuji dalam perlawanan ini dan Elneny juga turut mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa. Gandingan yang sungguh hebat antara kedua-dua pemain itu di bahagian midfield Arsenal.”

“Thomas Partey merupakan pemain terhebat di atas padang atas alasan tertentu. Dia sentiasa mencuri tumpuan setiap kali dia mendapat bola.”

“Dia berada di mana-mana, dia mungkin dibenci oleh para pemain United di bahagian tengah kerana setiap kali mereka cuba menyerang Partey pasti akan menghalangnya.”

Begitulah antara puji pujian yang diterima oleh Thomas Partey di media sosial selepas beliau mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan tersebut.

Partey dalam perlawanan menentang setan merah ini telah mencatatkan statistik luar biasa dengan beliau telah mendominasi sentuhan terbanyak, perebutan di udara terbanyak, ball recoveries terbanyak, dan take-ons completed terbanyak.

Willian dalam perlawanan ini telah melakukan 10 kali kesilapan yang menyebabkan beliau kehilangan bola dan ianya adalah statistik terburuk dari semua pemain lain dalam 15 minit pertama permainan.

Namun mujur ada Thomas Partey yang telah berjaya mencatatkan lima ball recoveries untuk menutupi semula kesalahan Willian sepanjang tempoh tersebut.

Tiada seorang pemain pon di atas padang yang berjaya melengkapkan lebih dari 12 kali di final third berbanding Thomas Partey dalam perlawanan ini.

Thomas Partey juga telah melakukan 10 kali ball recoveries dalam perlawanan ini dan tiada siapa-siapa pemain lain dalam padang yang berjaya melakukan lebih baik berbandingnya.

Bercakap ketika tamat perlawanan tersebut, Roy Keane telah memuji kehebatan yang dipamerkan oleh Thomas Partey dengan menyatakan:

“Ketika kamu menyaksikan aksi seorang pemain itu secara langsung, ketika itulah kamu boleh menghakimi dia. Setiap kali saya melihat dia beraksi, setiap kali itu jugalah saya sangat berharap dia bermain untuk Manchester United.”

“Saya rasa budak ini sangat berpeluang untuk mencapai apa yang telah berjaya dicapai oleh Patrick Viera sebelum ini.”

Kemenangan 1-0 Arsenal menewaskan setan merah dalam perlawanan ini membawa mereka naik ke kedudukan ke-8 dalam saingan liga dengan mengumpul 12 mata.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama Arsenal menewaskan setan merah di Old Trafford sejak kali terakhir mereka berjaya lakukannya pada September 2006.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.