Thomas mendedahkan Mengapa Beliau Tidak Menggunakan Nama Partey Di Jersinya

Para peminat Arsenal mungkin telah memulakan Partey mereka sebaik kejayaan kelab melakukan penandatanganan disaat terakhir jendela perpindahan musim panas lalu ditutup.

Namun penandatanganan baharu mereka, Thomas Partey telah mendedahkan bahawa beliau tidak akan meletakkan nama keluarganya dibelakang jersi Arsenal miliknya nanti.

Hari terakhir jendela perpindahan musim panas yang lalu merupakan hari yang sibuk untuk Sky Sports dengan banyaknya penandatanganan saat akhir yang terjadi.

Arsenal sendiri berjaya melengkapkan perpindahan pemain midfield baharu mereka ketika jendela perpindahan pemain sudah hampir ditutup.

The Gunners telah mengaktifkan klausa perlepasan bekas bintang Atletico Madrid itu di saat akhir sebelum jendela perpindahan musim panas lalu ditutup.

Para peminat pastinya sangat teruja dengan penandatanganan bintang Ghana itu, tetapi untuk mereka yang terlalu cepat meletakkan nama Partey di belakang jersi mereka, sepertinya sudah melakukan kesilapan.

Bercakap dalam satu temu bual pertamanya bersama laman rasmi kelab, Partey mendedahkan mengapa beliau hanya meletakkan nama Thomas di belakang jersinya dan tidak mahu meletakkan nama Partey.

“Saya melihat banyak perkataan Parteys di merata tempat, dan juru gambar sendiri bertanya kepada saya mengapa saya tidak menggunakan nama Partey pada jersi saya. Saya cuma jawab ianya kerana saya bermula dengan Thomas dan orang-orang juga terbiasa dengan Thomas, jadi saya perlu teruskan dengan Thomas.”

Bercakap tentang perpindahan itu, pemain berusia 27 tahun itu menambah lagi:

“Saya melihat bahawa ramai orang yang terlalu teruja dan semua orang berharap untuk memenangi sesuatu, serta mereka mahu memenangi semua Piala yang ada. Saya rasa itulah impian dan objektif untuk semua orang disini dan ianya juga impian saya.”

“Ianya sesuatu yang sangat sukar dan kami semua tahu ianya sukar, kami akan berusaha untuk itu dan saya rasa kami sudah bersedia. Kami harus berusaha habis-habisan dan cuba untuk mencapai semuanya kejayaan untuk kami.”

“Saya rasa ianya adalah cabaran yang baru untuk saya. Saya selalu berhasrat untuk bermain di liga yang besar dan premier league adalah salah sebuah liga terbesar, jadi saya sangat gembira berada disini.”

“Saya juga dapat merasakan ianya adalah cabaran yang hebat, saya mahu menimba pengalaman baru dan menikmati suasana kekeluargaan yang hebat seperti Arsenal, saya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik dan cuba untuk membantu kelab yang hebat ini kembali ke tempat selayaknya.”

Video yang memperlihatkan bekas pemain Atletico Madrid itu bermain untuk skuad kebangsaannya dan membuatkan Lionel Messi terlihat seperti seorang pemain biasa saja membuatkan para peminat semakin teruja.

Thomas Partey jelas gembira dapat menjadi sebahagian dari skuad Arsenal dan tidak sabar untuk melakukan debutnya dalam saingan premier league.

Partey mungkin akan melakukan debutnya untuk skuad kendalian Mikel Arteta dalam perlawanan Arsenal menentang Manchester City.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.