Thiago Alcantara Sah Menjadi Milik Liverpool

Liverpool akhirnya secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka berjaya untuk menandatangani Thiago Alcantara.

Liverpool mengumumkan perkara itu menerusi laman rasmi mereka. Beberapa video dimuat naik terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh mereka.

Tidak hairan mengapa urusan perpindahan Thiago dilihat begitu mudah, hal ini kerana beliau pernah menyatakan keinginannya untuk bermain di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sejak awal tahun lalu dan saga perpindahannya menjadi hangat sejak awal bulan lalu.

Baru-baru ini juga Thiago telah mengumumkan bahawa beliau akan kekal di Bayern sekiranya kelab masih memerlukan khidmatnya.

Liverpool pula dilihat mempunyai sedikit masalah dibahagian tengah dan Klopp dilaporkan mahu pemain yang memiliki kualiti hantaran serta kreatif seperti Thiago dalam pasukannya.

Akhirnya setelah didesak oleh Klopp, pengurusan tertinggi Liverpool menjalankan tugas mereka dengan baik dan Thiago Alcantara akhirnya sah menjadi milik mereka.

Liverpool dilaporkan membayar £25 juta termasuk bonus untuk menandatangani Thiago Alcantara dari Bayern Munich.

“Ini perasaan yang sunggu luar biasa. Saya telah lama menanti detik seperti ini dan saya sangat gembira berada di sini.”

Jelas Thiago Alcantara.

Thiago Alcantara bakal menyarung jersi bernombor enam bersama Liverpool dan beliau merupakan pemain kedua yang ditandatangani pada musim panas ini selepas Kostas Tsimikas.

Thiago Alcantara sebelum ini pernah memenangi gelaran La Liga sebanyak dua kali bersama Barcelona sebelum berpindah ke Bayern Munich pada tahun 2013.

Bersama Bayern, Thiago Alcantara berjaya untuk menjulang pelbagai kejuaraan termasuk memenangi gelaran Bundesliga sebanyak tujuh kali serta menjuarai saingan liga Juara-juara musim lalu.

Persoalan tentang adakah Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu bakal menandatangani beliau pada musim panas ini telah terjawab selepas Thiago Alcantara sah menandatangani perjanjian bersama Liverpool.

Bayaran £20 juta akan dibayar secara ansuran oleh Liverpool sepanjang tempoh perjanjian mereka, dan baki £5 juta tambahan akan dibayar berdasarkan kejayaan The reds dalam saingan liga dan liga Juara-juara.

“Ini benar-benar hebat, saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya dan kami mampu melaksanakannya.”

Jelas pengurus dari Jerman itu.

“Saya tahun semua orang di Bayern berusaha keras untuk mengekalkan beliau. Itu hal yang biasa dan boleh difahami kerana dia merupakan nadi penting dalam skuad Bayern pada musim lalu.”

“Dia baru saja mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang baru dan dia akhirnya memutuskan untuk bersama kami.”

Thiago sendiri mendedahkan bahawa beliau sedaya upaya akan mencuba untuk menyesuaikan diri secepat mungkin bersama Liverpool.

“Saya mesti menyesuaikan diri dengan pasukan ini semampu yang boleh saya lakukan dalam situasi yang sedang kita semua jalani ketika ini.”

“Saya akan membantu pasukan tidak kira ketika bertahan mahupun ketika menyerang. Saya juga akan membantu pasukan dari segi mental.”

Jelas Thiago.

Klopp dengan senang hati menyatakan bahawa Thiago mudah mesra dan sangat menghormati pemain lain dalam skuad.

“Ketika kami bercakap dengan beliau tentang semua pemain lain, dia menghormati kesemua mereka dan dia turut mengagumi mereka.”

“Kami pernah bertemu dengannya ketika dalam saingan liga Juara-juara dua tahun lalu di peringkat 16 terbaik dan kami menang perlawanan itu.”

“Jadi dia tahu bagaimana kami bermain dan dia sangat berminat untuk menjadi sebahagian dari kami selepas dari hari itu.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.