Thiago Alcantara Dedah Peranan Bekas Pemain Bantu Perpindahan Ke Liverpool

Thiago Alcantara telah mendedahkan bagaimana peranan dua bekas pemain Liverpool membantu beliau untuk memilih menyertai skuad kendalian Jurgen Klopp pada musim panas ini.

Thiago Alcantara menyertai Liverpool pada Jumaat lalu dan sempat diturunkan beraksi dalam perlawanan menentang Chelsea pada hujung minggu.

Walaupun beraksi selama 45 minit, impak yang dihasilkan Alcantara jelas kelihatan dengan 75 hantaran tepat yang dilakukannya adalah rekod Premier League – terbanyak dari seorang pemain untuk aksi 45 minit.

Liverpool dipercayai membayar £30 juta untuk mendapatkan pemain tengah Bayern Munich itu.

Pemain tengah Sepanyol ini sebelum itu dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sejak tahun lalu. Dan apabila ia menjadi kenyataan, penyokong-penyokong Liverpool sudah pasti boleh menarik nafas lega.

Namun apakah yang mendorong Thiago Alcantara untuk memilih Liverpoo walaupun turut menarik perhatian dari Manchester United dan Barcelona?

Dalam satu temuramah selepas diumumkan sebagai pemain The Kops, Thiagi mendedahkan ianya adalah Xabi Alonso dan Philippe Coutinho yang membantu beliau untuk membuat keputusan.

Ditanya sama ada beliau pernah berbicara mengenai Liverpool dan jangkaan di kelab tesebut, Thiago berkata:

“Sudah tentu. Lebih banyak mengenai perkara di luar bola sepak. Liverpool adalah kelab yang kita semua ketahui seperti tahun lalu, dan pada dekad sebelumnya,” kata Thiago.

“Mereka [Liverpool] sangat hebat, dan mereka performed, pada setiap tahun sebanyak mungkin yang anda boleh lakukan, semampu yang mereka boleh lakukan, dan sebaik mungkin kita boleh lakukan, seperti sepatutnya saya katakan pada hari ini.

“Lebih dari itu, ia adalah perkara seperti aspek kekeluargaan, aspek kehidupan – keadaan bandar, tempat yang boleh dilawati dan kedaan kehidupan di sini.

“Pemain seperti Phillipe Coutinho dan Xabi Alonso banyak membantu saya. Ia sangat baik.”

Thiago Alcantara adalah pemain kedua dari tiga pemain yang dibawa masuk oleh Liverpool pada jendela perpindahan kali ini selain daripada Kostas Tsimikas dan Diogo Jota.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.