‘Can you smell what The Rock is cookin’, itulah tagline yang sangat melekat di dalam kepala kita satu ketika dahulu.
Dwayne Johnson yang juga dikenali dengan nama The Rock mengumumkan kepulangan semula beliau ke gelanggang WWE.
The Rock yang mulai menempa nama dengan jenama WWE telah meninggalkan francais itu untuk mengejar kemahsyuran di dunia Hollywood.
The Rock kini sudah sedia untuk kembali bergusti di pentas WWE. Jika tiada halangan, The Rock akan muncul pada Jumaat ini dalam aksi WWE.
Dalam kenyataan ringkas beliau, The Rock berkata: “Akhirnya, saya akan kembali ke tempat asal (rumah) saya, WWE Universe. Malam Jumaat ini, saya akan kembali untuk debut SMACKDOW! Tiada kejuaraan yang lebih agung daripada #thepeopleschamp.”
“Dan tiada tempat lain seindah ‘rumah’. Saya belanja Tequila selepas pertarungan.”
FINALLY…I come back home to my @WWE universe.
This FRIDAY NIGHT, I’ll return for our debut of SMACKDOWN!
LIVE on @FOXTV.
There’s no greater title than #thepeopleschamp.
And there’s no place like home.
Tequila on me after the show 😈🥃#IfYaSmell🎤 #Smackdown#RocksShow #FOX pic.twitter.com/V5i4cxqIqH— Dwayne Johnson (@TheRock) September 30, 2019
The Rock sudah lebih 10 tahun tidak muncul dalam WWE. Kali terakhir beliau berkongsi pentas dengan John Cena, dalam Wrestlemania, pada 2013.
Mampukah The Rock membina semula empayar beliau di lapangan WWE dalam kepulangan epik beliau pada kali ini.
Difahamkan, bukan The Rock seorang sahaja yang akan kembali ke gelanggang WWE. Legenda lain termasuk Kurt Angle, Lita, Mick Foley, Booker T, Hulk Hogan, Trish Stratus, Goldberg, Jerry Lawler, Mark Henry, Ric Flair dan Sting juga sudah bersedia untuk kembali.
The Rock and Stone Cold Steve Austin on the same show again
Everyone: pic.twitter.com/1IKWPkerWy
— Alastair McKenzie🏴 (@Mckenzieas93) September 30, 2019
Ianya senarai nama yang sangat hebat untuk disaksikan.