‘The Doctor’ Keluar Hospital Selepas 4 Hari Jalani Rawatan Tulang

Berita kemalangan legenda hidup Motor GP, Valentino Rossi, 38 tahun, memang menyedihkan ramai peminat beliau dan juga sukan permotoran.

Rossi terlibat di dalam kemalangan ketika sesi latihan di Itali. Selepas dimasukkan pin ke dalam kaki kanan beliau, Rossi dilaporkan sudah keluar daripada hospital.

Tibia dan fibula di kaki kanan beliau sudah diganti. Bercakap kepada wartawan selepas keluar daripada hospital Rossi memberitahu yang dia rasa baik sekali.

“Pagi ini saya rasa baik sahaja. Saya akan memulakan sesi rehabilitasi secepat mungkin. Saya akan berbincang dengan doktor dan melihat reaksi badan saya sebelum membuat apa-apa keputusan.”

“Kalau boleh, saya ingin kembali secepat mungkin ke litar. Saya akan cuba melakukan apa yang termampu untuk kembali ke sana.”

Rossi kini di kedudukan tangga ke-4. 26 mata di belakang pendahulu Andrea Dovizioso. Valentino Rossi dijangka akan berehat sekurang-kurangnya 4 minggu. Doktor yang merawat The Doctor, Raffaele Pascarelle memberitahu media:

“Kondisi dia sangat baik. Selepas 4 hari di hospital, kami membuat keputusan untuk membenarkan dia keluar.”

Rossi nampaknya terpaksa melupakan hasrat untuk bersaing kejuaraan musim ini. Tapi yang paling penting adalah Rossi fokus kepada pemulihan beliau.

Sebagai rekod, Rossi pernah patah kaki kanan ketika ses latiha pada 2010, juga di Itali.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.