Tewaskan Simeone Yang Lebih Senior, Nagelsmann Jadi Pengurus Termuda Layak Separuh Akhir UCL

Julian Nagelsmann bukan lagi nama asing untuk peminat bola sepak Eropah. Beliau adalah pengurus muda yang berjaya mencipta sejarah unik dalam bola sepak Jerman.

Pengurus RB Leipzig Julian Nagelsmann telah mencipta sejarah apabila menjadi pengurus termuda yang pernah membawa pasukan ke separuh akhir UEFA Champions League sejak pertandingan itu diperkenalkan.

Pada usia 33 tahun, Nagelsmann memperagakan keberanian dalam corak permainan Leipzig apabila bermain dengan corak permainan menyerang, menentang salah satu pasukan yang dianggap sebagai pilihan pada pertandingan eropah itu musim ini.

Dari segi falsafah taktikal, Nagelsmann menyukai high pressing football ala Barcelona, dan banyak juga mengkaji doktrin tactician seperti Ralf Ragnick.

Beliau juga banyak mengkaji taktikal yang digunakan oleh Marcelo Bielsa selain daripada Pep Guardiola.

Nagelsmann mengakui Guardiola adalah rujukan utamanya. Namun pengaruh terbesar dalam kariernya adalah Tuchel – dari segi pengurusan pasukan.

Nagelsmann mulai mencipta nama bersama Hoffenheim sebelum mengambil alih di Leipzig pada awal musim ini.

Di Leipzig beliau diberikan sasaran yang tinggi, walaupun bergelar pengurus muda.

Nagelsmann berpegang kepada prinsip:

“Untuk menjadi jurulatih bola sepak yang berjaya, taktikal hanya 30% manakala 70% lagi adalah kompetensi sosial.”

Beliau sangat mementingkan persediaan taktikal. Sehinggakan di padang latihan Hoffenheim dulu beliau memasang skrin interaktif untuk kegunaan latihan.

Buat masa ini pencapaian Nagelsmann bersama Leipzig boleh dianggap melangkaui sasaran yang diberikan.

Leipzig menduduki tangga ke-3 Bundesliga pada musim ini bermakna kelab yang baru ditubuhkan 11 tahun lalu itu turut layak ke pertandingan elit eropah itu pada musim hadapan.

Ini bukan kali pertama Nagelsmann mencipta sejarah di eropah. Beliau juga kekal bergelar sebagai pengurus termuda pernah membawa pasukan beraksi di Champions League  ketika bersama Hoffenheim.

Separuh akhir menentang Paris Saint Germain selepas ini akan menjadi satu lagi medan ujian buat Nagelsmann dan PSG.

For now though, he will be focussed on taking Leipzig as far as he can this season.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.