Terkini: Van Dijk Sah ACL Dan Harus Jalani Pembedahan Ekoran Insiden Melibatkan Jordan Pickford

Liverpool telah mengesahkan bahawa Virgil Van Dijk kini menghadapi kecederaan di bahagian ligament lututnya dan perlu melakukan pembedahan.

Van Dijk mengalami kecederaan tersebut ekoran dari insiden terjahan keras yang dilakukan oleh Jordan Pickford keatasnya kemarin.

Van Dijk terpaksa meninggalkan padang lebih awal dalam perlawanan Merseyside Derby kemarin dan penjaga gol Everton, Pickford beruntung kerana masih mampu bermain sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas tamat perlawanan, bintang Belanda itu telah dikejarkan ke Hospital dan terdapat laporan menyatakan bahawa beliau mengalami masalah ACL dan kemungkinan akan terlepas semua perlawanan sepanjang musim ini.

The Reds kini telah mengesahkan bagaimana parahnya kecederaan yang beliau alami. Dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi kelab, mereka menyatakan:

“Liverpool FC boleh mengesahkan bahawa Virgil Van Dijk akan menjalani pembedahan di bahagian lututnya yang mengalami kecederaan ketika dalam perlawanan seri 2-2 menentang Everton Sabtu lalu.”

“Pemain centre-back itu mengalami kecederaan dibahagian ligament lututnya selepas dari insiden yang melibatkan penjaga gol blues, Jordan Pickford, enam minit selepas perlawanan di Goodison Park bermula.”

“Van Dijk ketika itu terpaksa dikeluarkan dan pemeriksaan lanjut tentang kecederaan beliau telah dikaji dan pembedahan akan dilakukan.”

“Tiada jangka waktu yang tepat boleh diberikan tentang bila beliau akan kembali beraksi ketika di peringkat ini.”

“Selepas pembedahan, Van Dijk akan memulakan sesi pemulihan dengan pasukan perubatan kelab untuk membantunya kembali pulih sepenuhnya dengan kadar waktu paling segera.”

Van Dijk ketika itu berada dalam kotak penalti Everton pada minit keenam perlawanan kerana sepakan penjuru yang Liverpool miliki, dengan mereka sedang mendahului perlawanan ketika itu.

Dan ketika Fabinho menghantar bola ke dalam kotak penalti Everton, bekas pertahanan Southampton itu cuba berlari untuk mengejar bola tersebut.

Ketika itu juga lah Pickford turut sama berlari untuk memintas bola dan telah melakukan terjahan yang sangat kasar ke atas Virgil Van Dijk.

Liverpool tidak mendapat sepakan penalti kerana insiden tersebut kerana Van Dijk dikatakan telah ditangkap berada dalam kedudukan Offside terlebih dahulu sebelum dibentes oleh Pickford.

Virgil Van Dijk jelas tidak mampu untuk meneruskan perlawanan dan beliau dilihat menahan kesakitan yang teramat sangat ketika itu.

Terdapat kekeliruan yang terjadi dalam insiden tersebut, yang mana ramai pemerhati bola sepak merasakan Jordan Pickford seharusnya dilayangkan kad merah atas tindakannya itu.

Impak kehilangan Van Dijk jelas dirasai oleh skuad kendalian Jurgen Klopp ketika itu dengan mereka bolos dua gol dari Michael Keane dan Dominic Calvert Lewin untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan terikat 2-2.

Dengan jendela perpindahan telah ditutup, seandainya Liverpool kehilangan khidmat dari pemain termahal mereka itu, pastinya the reds akan menghadapi kesukaran dalam menghadapi baki saingan musim ini yang baru sahaja bermula.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.