[Terkini]: Messi Hantar Faks Mohon ‘Transfer Request’ Tinggalkan Barcelona

Lionel Messi telah memaklumkan kepada Barcelona beliau mahu meninggalkan kelab itu secepat mungkin – tetapi secara percuma.

Menurut RAC1m kapten Argentina itu telah memaklumkan dirinya lebih memilih untuk berpindah daripada untuk kekal.

Dan perkembangan terbaru menyatakan Messi sudah menghantar ‘transfer request’ melalui faks kepada pihak kelab untuk menyatakan niatnya itu.

Kem Lionel Messi percaya klausa yang terdapat di dalam kontrak pemain itu bermakna Messi boleh pergi secara percuma.

Barcelona pula secara kontra percaya akan klausa €700 juta yang masih berada di dalam kontrak sebelum ini.

Perkhabaran berat tersebut mulai tersebar pada lewat Selasa (awal pagi tadi), setelah faks tersebut dihantar pada tengahari.

Ia mencetuskan sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong Barcelona yang mulai membanjiri jalan raya di Catalan untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada kelab.

Barcelona selama ini tidak mengendahkan khabar angin Messi sudah tawar hati untuk kekal di Nou Camp dan sentiasa menekan pemain itu adalah sebahagian daripada perancangan Koeman pada musim hadapan.

Kontrak Messi tamat pada musim hadapan, bermakna mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Messi masih perlu melakukan rundingan dengan Barcelona.

Barcelona juga percaya klausa yang membenarkan Messi pergi secara percuma sudah pun tamat.

Bekas kapten Barca, Carles Puyol sebelum ini memuat naik satu ciapan di Twitter untuk memberikan sokongan kepada Messi dengan berkata: “hormat dan kekaguman, Anda mendapat sokongan saya sahabat ku.”

Luis Suarez yang dimaklumkan oleh Koeman bahawa beliau boleh pergi pada jendela perpindahan kali ini kemudian membalas dengan dua emoji tepuk tangan.

Akhbar Diario Ole di Argentina sebelum ini turut melaporkan Messi meninggalkan pertemuan dengan Koeman dengan perasaan marah dan kecewa.

Apa pun yang berlaku selepas ini, ia seperti hubungan di antara Messi dan Barcelona seperti sudah tidak boleh diperbaiki lagi.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.