Kecederaan yang menimpa Virgil Van Dijk sebenarnya lebih teruk dari apa yang dilaporkan sebelum dengan adanya laporan menyatakan bahawa beliau mungkin akan direhatkan sehingga musim hadapan.
Bintang Belanda itu mengalami kecederaan selepas insiden pertembungan antara beliau dengan Jordan Pickford dalam perlawanan Merseyside Derby kemarin.
Selepas tamat perlawanan tersebut, Van Dijk telah dikejarkan ke hospital dan laporan dari Liverpool menyatakan bahawa beliau harus menjalani pembedahan lutut.
🗣 Jurgen Klopp on Virgil van Dijk:
"We will wait for him like a good wife is waiting when the husband is in jail." pic.twitter.com/jHBvzoAkG2
— Goal (@goal) October 19, 2020
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa beliau akan direhatkan selama enam ke tujuh bulan, ianya bermaksud Van Dijk boleh kembali beraksi sebelum tamat musim ini.
Namun, laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Liverpool telah menyatakan bahawa kecederaan tersebut melebihi dari sekadar ACL.
Menurut sumber laporan David Ornstein dari The Athletic, kecederaan tersebut lebih teruk dari apa yang disangkakan sebelum ini.
Bekas pertahanan Southampton itu mungkin akan direhatkan setidak-tidaknya selama satu tahun.
Beberapa hari lalu, The mirror melaporkan bahawa Van Dijk mengalami koyak tisu tahap tiga, bermakna tahap terburuk dalam kategori ACL.
Namun laporan terbaru telah menyatakan bahawa pasukan perubatan tidak mampu untuk memastikan Van Dijk boleh kembali beraksi pada musim ini.
“It’s my understanding that the damage to Virgil van Dijk’s right knee is perhaps worse than initially expected and extends beyond the ACL.” [@David_Ornstein]
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) October 21, 2020
Walau bagaimanapun, ianya tetap bergantung kepada bagaimana pembedahan itu berjalan dan bagaimana proses pemulihan beliau dilaksanakan sepanjang musim ini.
Sudah tentunya, jika laporan dari Ornstein benar tentang kecederaan Van Dijk, maka ianya akan mengubah segalanya untuk Liverpool sepanjang musim ini.
Liverpool sedikit menderita tanpa pemain termahal mereka dalam derby tersebut, dengan Everton berjaya menjaringkan dua gol selepas Van Dijk dikeluarkan.
Kehilangan Van Dijk dalam perlawanan tersebut jelas terasa dengan setidaknya Liverpool berpeluang untuk menyelamatkan satu dari dua gol yang berjaya dijaringkan Everton ketika itu.
Jurgen Klopp sebelum ini mengharapkan Joel Matip untuk menggantikan tempat Van Dijk dan digandingkan dengan Joe Gomez, namun bintang Cameroon itu turut direhatkan kerana mengalami kecederaan.
It is understood that the damage to Virgil van Dijk’s right knee is perhaps worse than initially expected and extends beyond the ACL. (Source: The Athletic)#EFC pic.twitter.com/Ur33lJaM5J
— The Gwladys Street (@TheGwladysSt) October 21, 2020
Fabinho telah diberi tanggungjawab untuk menggantikan tempat Van Dijk dengan bermain di posisi centre-back bersama dengan Joe Gomez.
Bintang Brazil itu mempamerkan aksi cemerlang sebagai pemain centre-back ketika dalam pertemuan menentang Ajax dalam saingan liga Juara-juara awal pagi tadi.
Beliau berjaya membuat satu aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh mengagumkan dan ianya layak diberi penghargaan.
Fabinho vs Ajax tonight:
• 75 touches
• 10 total duels
• 9 clearances
• 4 total aerial duels
• 4 tackles
• 4 interceptions
• 4 recoveries
• 1 block
• 1 goal-line clearanceIncredible 🤯 @_fabinhotavares
📊 @Squawka pic.twitter.com/eHeELqjjoh
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 21, 2020
Seandainya Fabinho tidak melakukan aksi penyelamatan tersebut, gawang gol Liverpool pastinya sudah bolos di babak pertama perlawanan lagi.
That Fabinho clearance pic.twitter.com/Sj3yBHnIRI
— 19 Times (@LFCLiverbird96) October 21, 2020
Fabinho dalam perlawanan ini sebagai pemain centre-back telah berjaya melakukan 75 sentuhan, 10 kemenangan dalam perebutan di udara, sembilan clearances, 4 bentesan berjaya, 4 pintasan berjaya, 4 recoveries, satu hadangan dan satu penyelamatan atas garisan.
Aksinya turut dipuji oleh pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp dengan menyatakan:
“Fabinho boleh bermain di posisi itu, dia menyukainya. Dia juga boleh bermain di posisi pertahanan kanan dengan bagus, kami akan cuba pastikan beliau terus cergas. Sekiranya Fab menghadapi masalah, maka kami akan cuba cari jalan penyelesaian lain.”
Fabinho's clearance off the line 😳 pic.twitter.com/y2TIQDvEWt
— B/R Football (@brfootball) October 21, 2020
“Bagus, tetapi dia sebenarnya boleh bermain lebih baik. Dia dan Gomez tidak pernah beraksi bersama. Mereka harus bekerjasama dan mendapatkan kesefahaman yang bagus. Mereka harus lebih banyak memberi arahan kepada pemain midfield. Terdapat banyak peningkatan dalam aksi mereka dan paling penting mereka beraksi dengan sangat bagus.”
Jelas Klopp selepas tamat perlawanan Liverpool menentang Ajax awal pagi tadi.