Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan dalam sidang media bahawa beliau akhirnya sedar apa masalah utama Manchester United ketika kalah di tangan Bournemouth.
Manchester United tewas 1-0 di tangan The Cherries. Gol kemenangan Bournemouth adalah menerusi bekas pemain akademi Man United iaitu Joshua King.
Kekalahan itu meletakkan Man United berada di tangga ke-10. Bournemouth mengakhiri kemarau kemenangan dalam 5 perlawanan dan turut mengakhiri 3 kemenangan berturut-turut Manchester United.
Ianya adalah kekalahan keempat Man United dalam liga musim ini.
Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau baru perasan bahawa beliau telah terlepas pandang untuk menyenaraikan beberapa pemain dalam senarai kesebelasan utama beliau.
Solskjaer membuat 4 perubahan daripada pasukan yang menang ke atas Chelsea pada pertengahan minggu lalu dalam aksi Piala Carabao.
David de Gea, Ashley Young, Andreas Pereira dan Anthony Martial semuanya kembali semula ke dalam keebelasan utama.
Pemilihan pasukan oleh Ole secara tak langsung membuatkan pasukan mereka lebih defensife berbanding dengan aksi lebih berani dan menyerang seperti ketika berhadapan dengan Chelsea dan FK Partizan.
Walaupun terdapat perubahan di barisan serangan, Man United gagal memberikan ancaman berterusan kepada pertahanan Bournemouth.
Oleh itu, Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan beliau mungkin sudah tersilap dalam pemilihan pasukan. Beliau mungkin patut cuba mengekalkan beberapa pemain dalam aksi berhadapan Chelsea untuk mengekalkan momentum di atas padang.
Bercakap kepada BT Sport, Solskjaer berkata: “Kami sangat kecewa dengan kekalahan ini.”
“Apabila kamu pergi berkunjung ke tempat seperti ini (Vitality Stadium, home untuk pasukan seperti Bournemouth), kamu harus mengawal perlawanan ini.”
“Kami bermula dengan sangat baik pada awal 15 minit namun kami agak kekurangan kualiti di barisan serangan dan kami tidak mampu mendapatkan sebarang gol sekalipun.”
13 – Manchester United's haul of 13 points from 11 Premier League games this season is their lowest at this stage of a top-flight campaign since 1986-87 (11). Crestfallen. #BOUMUN
— OptaJoe (@OptaJoe) November 2, 2019
“Gol pertama sentiasa penting untuk perlawanan seperti ini. Apabila kamu bolos dalam perlawanan seperti ini, ianya sentiasa menjadi perkara yang teruk.”
“Namun mereka juga memerlukan sedikit magik untuk menang, anda harus katakan begitu.”
Ole kemudian sedar beliau melakukan sedikit kesilapan pada tactical set up. Macam korang main FIFA/PES, pun korang pernah buat silap kan.
Ia memberikan kesan kepada pasukan Ole yang membuatkan ‘tune’ pasukannya lari sedikit selepas berada di landasan tepat sebelum ini.
Ole pernah menyatakan kekalahan itu membuatkan mereka undur 1 langkah ke belakang.
Ole menjelaskan: “Dan mungkin saya patut menyenaraikan beberapa pemain kami dalam kesebelasan utama (untuk mendapatkan keputusan terbaik). Siapa tahun kan?”
Ole kini menjadi pengurus Manchester United dengan peratusan kemenangan yang paling rendah sejak 2013 dengan hanya 47%. Di belakang Moyes (50%), Van Gaal (51%) dan Jose Mourinho (54%).
Ole menggesa pasukannya bangkit dalam perlawanan seterusnya untuk memastikan mereka kembali beraksi dalam pentas tertinggi Eropah pada musim hadapan.
Semoga Manchester United akan bangkit selepas ini. Dan kembali berada di kedudukan terbaik.
Sumber: Manchester Evening News