Terdapat Dakwaan Firmino Punca Kesilapan Mudah Kepa Arrizabalaga

Baiklah. Benda ini penulis pun pada mulanya berfikir perkara yang sama. Tetapi kita tak boleh buat andaian persis palatao.

Namun selepas beberapa hari perlawanan membitkan Chelsea vs Liverpool berlalu, ternyata bukan sahaja penulis yang mempunyai pendapat sedemikian.

Kepa Arrizabalaga sekali lagi mencuri tumpuan di Premier League kerana kesilapan mudah yang dilakukannya membuka ruang untuk dihukum Sadio Mane untuk gol kedua Liverpool.

Namun terdapat pandangan dari kalangan penyokong sendiri bahawa Roberto Firmino adalah punca yang mendorong kesilapan tersebut dan harus menerima kredit untuk gol tersebut.

Penjaga gol Chelsea itu kali ini menjadi cemuhan kerana melakukan clearance yang lemah sehingga menyebabkan bola ditampan oleh Sadio Mane untuk menghasilkan jaringan pada babak kedua perlawanan.

Jaringan tersebut tiba beberapa minit selepas Liverpool berada di hadapan melalui tandukan pemain yang sama.

Mane dipuji kerana tetap memberikan tekanan selepas Liverpool hilang bola ketika melakukan gerakan menyerang.

Namun segelintir penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut percaya Firmino turut berteriak ke arah Kepa untuk melakukan hantaran pada arah yang tidak sepatutnya.

Disebabkan keadaan yang panik, penjaga gol itu bertindak sahaja berdasarkan arahan yang diterima walaupun dari sumber yang salah.

Walaupun dengan kesilapan yang sudah acap kali ini, Frank Lampard bagaimanapun mempertahankan penjaga gol tersebut kali ini.

“Ia jelas adalah satu kesilapan yang mendatangkan akibat kepada kami,” kata Lampard.

“Ini kerana kami juga mendapat penalti dan ia mungkin berlainan jika dijaringkan. Perbezaan sebegitu akan mengubah arah perlawanan.

“Jadi kami kena terus bekerja keras, Kepa harus terus berusaha dan kami harus menyokong beliau dari setiap ara. Itu sangat jelas, walaupun ia adalah satu kesilapan ketara pada hari ini.

“Saya boleh mengesahkan Willu Caballero akan beraksi menentang Barnsley [di Piala Carabao], dan ia adalah keputusan yang telah dilakukan tanpa mengira apa yang terjadi pada hari ini.

“Jadi saya tidak mahu ada pihak yang pandai-pandai buat penilaian ketika perlawanan itu.

“Dia adalah pemain kami dan selepas dua perlawanan, hari ini [hari pelawanan Ahad lalu] adalah kesilapan yang jelas, dan ketika perlawanan menentang Brighton juga ada kesilapan. Dia akan melakukan penilaian terhadap perkara ini.

“Jadi kami kena terus bekerja keras. Demikianlah aturannya. Ada ketika susah, ada ketika pemain tertentu perlu diberikan sokongan, terutama dari saya dan saya akan memberikannya kepada mereka. Sekarang kita harus bekerja keras.

“Tidak ada orang sengaja mahu melakukan kesilapan di dalam bola sepak. Itulah sifat sukan ini. Kita harus jadi kuat dan terus melangkah ke hadapan.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.