Terasa Aib Kalah, De Bruyne Hina Taktikal Ole Dan Klaim City Patut Menang

Kevin De Bruyne telah mengkritik secara terbuka taktikal Manchester United.

Beliau meluahkan ketika itu ketika ditanya wartawan tentang bagaimana Manchester City boleh kalah.

Menurut Kevin De Bruyne, beliau tidak tahu untuk menjelaskan perkara itu kerana Manchester City jelas sekali pasukan lebih baik dan berhak menang berbanding dengan musuh utama mereka Manchester United.

Manchester United menang 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Carabao. Goku dengan Manchester United dijaringkan oleh Nemanja Matic.

Manchester City mendominasi sebahagian besar perlawanan. Manchester City Manchester banyak peluang gol.

Sebaliknya Manchester United mengambil pendekatan yang lebih defensif ataupun Park The bus.

Jelas sekali pemain kebangsaan Belgium itu tidak terhibur langsung dengan cara permainan Manchester United.

Beliau juga memperlekehkan kehambaran serangan Manchester United dalam mencipta peluang gol.

De Bruyne menyatakan: “Saya tak faham bagaimana kami boleh kalah pada hari ini.”

“Bagi saya, Manchester United tak mencipta walaupun sebijik peluang gol pada hari ini.”

“Di bahagian serangan kami terlalu banyak mempersia – siakan peluang gol.”

“Mujur pada akhirnya kami masih tetap mara ke final.”

Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer melabel pasukan beliau berhak menang. Malah, Ole berpendapat, jika pengadil lebih adil dan tak berat sebelah, Manchester United boleh mendapat lebih banyak gol dan mara ke final.

Ole Gunnar Solskjer menyatakan bahawa, kegagalan Manchester United ke final, bukan kerana mereka tak mampu bersaing, namun sebab mereka dianiayai keputusan pengadil.

Beliau juga menuduh pengadil sebagai pilih kasih di dalam pengadilannya. Keputusan pengadil membuang padang Nemanja Matic pada separuh masa kedua, dianggap satu keputusan yang kelakar menurut beliau.

Solskjaer berkata, kekasaran Matic itu biasa-biasa sahaja, dan tak patut dapat kad kuning kedua.

Ole memuji Manchester United yang menang ke atas Manchester City. Gol tunggal Nemanja Matic menjadi pemisah buat kedua – dua pasukan.

Tetapi ia tak cukup untuk United mara ke final, kerana mereka tewas 3-1 dalam perlawanan pertama. Ole menyifatkan keputusan pengadil adalah penghalang utama kebangkitan Man United dengan gol lebih banyak.

Jika tidak, sudah pastinya pasukan jiran mereka itu akan meratapi kekalahan lebih besar dan gagal ke final.

Red Devils berusha mencari gol kedua, namun Matic dibuang padang kerana menjatuhkan Ilkay Gundongan. Kad kuning pertama Matic adalah kerana menjatuhkan Riyad Mahrez.

Ole kemudian mempersoalkan kenapa ramai pemain Manchester City terlepas daripada hukuman kad disiplin oleh pengadil, Kevin Friend selepas melakukan beberapa tactical foul.

“Dah tentunya, susah nak menang di sini, menjaringkan 1 gol dengan 11 pemain. Dengan 10 pemain kamu tak akan dapat sama sekali membolosi mereka.”

“Dan itu (kesalahan Matic) tidak selayaknya mendapat kad untuk dibuang padang.”

Ole menyatakan pemainnya telah memberikan segalanya dalam perlawanan ini.

“Para pemain memberikan yang terbaik dan segala-galanya.”

Ole menyataka, pengadil Kevin Friend terlalu agresif memberikan kad kuning kepada Matic untuk kesalahan pertama yang beliau tak rasa itu adalah foul sekalipun.

Dan untuk kad kuning kedua, Ole menganggap pengadil hilang akal kerana memberikan kad kuning untuk soft foul seperti itu.

Oleh sebab itu Ole menganggap pengadil ibarat membuat satu jenaka.

“Namun keputusan pengadil itu memang satu lawak bagi saya. Sangat ironi, Matic dapat kad kuning hanya kerana kekasaran pertama, dan terus dapat kad kuning kedua pada kesalahan kedua, yang saya rasa tak foul pun. Dan yang kedua itu pun bukannya kad kuning.”

“Berapa banyak mereka (Manchester City) melakukan kekasaran ke atas kami. Berapa kali Daniel James dijatuhkan. Dan berapa banyak kali, pada separuh masa pertama mereka mengasari Jesse (Lingard)?”

“Itu adalah soalan pertama yang ditanya, dan bukannya macam ini, kerana saya sangat bangga dengan para pemain aya.”

“Mereka (pemain United) sudah menewaskan Manchester City dua kali dalam tempoh enam minggu. Dan kami tiba di sini, dengan para pemain memberikan segala – galanya di atas padang.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.