Penjaga gol Liverpool, Alisson telah menjelaskan bahawa air mata yang menitis ketika beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan bertemu West Brom adalah kerana beliau berharap mendiang ayahnya dapat menyaksikan detik indah tersebut.
Bintang utama Brazil itu berjaya membantu Liverpool mendapatkan tiga mata penuh ketika aksi bertemu West Brom awal pagi tadi.
Beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir permainan menerusi satu tandukan yang sungguh cantik dan menakjubkan.
What a moment!!! 🤩🤯🤪 I love you boys ❤️ pic.twitter.com/QOThy9pZCN
— Alisson Becker (@Alissonbecker) May 16, 2021
Namun tangisan beliau ketika tamat perlawanan tersebut bukanlah hanya kerana kejayaan Liverpool mengutip tiga mata penuh, dan mengukuhkan tempat di kedudukan empat teratas dalam saingan liga.
Alisson menjelaskan tentang mengapa beliau menangis ketika dalam temu bual selepas tamat perlawanan yang begitu menyentuh hati.
Beliau menyatakan bahawa ia ada kaitan dengan pemergian mendiang ayahnya, Jose Agostinho, yang lemas di Brazil pada Februari lalu.
Situasi pandemik juga menyebabkan Alisson tak boleh pulang ke kampung halaman beliau untuk menghadiri pengkebumian mendiang ayahnya.
Jadi ia sangat jelas difahami tentang mengapa beliau hingga menangis selepas kejayaannya menjaringkan gol yang cukup bermakna untuk Liverpool itu.
Alisson paid tribute to his late father after that incredible last-minute winner#WBALIV pic.twitter.com/vcG8uNdNQ3
— Premier League (@premierleague) May 16, 2021
Beliau dipeluk erat oleh rakan sepasukannya, jurulatih penjaga gol Liverpool, dan juga pengurus kesayangannya, Jurgen Klopp.
Dalam temu bual terbuka bersama Sky Sports, Alisson sempat bergurau menyatakan bahawa itu gol paling cantik dalam kariernya(memang itu saja gol yang pernah dia jaringkan sepanjang kariernya).
Namun beliau tidak lupa memberi ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang beliau terima dari dunia bola sepak ini.
Ia termasuklah kepada Everton, Chelsea dan Man City dan paling penting kepada penyokong Liverpool yang memberi kata-kata semangat padanya ketika beliau kehilangan ayahnya.
"I hope he was there to see it with God on his side celebrating" 👏
"I don't know how to celebrate!" 😂
A fantastic interview with Alisson, who dedicates his sensational last-minute goal to his father who passed away earlier this year 🙌 pic.twitter.com/4w2HsbaO16
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 16, 2021
Alisson tells Sky Sports he wishes his father was here to see it. He says it is a very emotional moment for him. #LFC
— Emma Sanders (@em_sandy) May 16, 2021
“Saya sangat beremosi, beberapa bulan kebelakangan ini, atas semuanya yang berlaku pada saya, dengan keluarga saya.”
Jelas beliau dengan fasih menggunakan bahasa keduanya.
“Namun bola sepak adalah kehidupan saya. Saya bermain sejak dari saya kecil lagi bersama ayah saya. Saya harap dia ada di sana untuk menyaksikan, tapi saya yakin dia ada dan melihat kejayaan saya bersama Tuhan disisi dia dan meraikan.”
Penjaga gol berusia 28 tahun itu turut memberi ucapan penghargaan atas semangat perjuangan rakan sepasukannya, yang berjaya melakukan aksi comeback selepas ketinggalan 1-0 seterusnya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.
Liverpool berjaya bangkit selepas mereka awalnya ketinggalan 1-0 seterusnya menang 2-1 hasil jaringan Mo Salah dan Alisson Becker.
Alisson is the first goalkeeper to score for Liverpool in their 129-year history 📖
He's also the first goalkeeper to score a header in Premier League history 💥
(via @LFC)pic.twitter.com/WbxLdWxZAF
— ESPN FC (@ESPNFC) May 16, 2021
“Menjaringkan gol ini, saya sangat, sangat gembira kerana mereka berjuang berhabis-habisan. Kami banyak berjuang bersama-sama.”
Tambah Alisson lagi.
“Dan kami berjaya mendapatkan gol penting yang akan membawa kami ke saingan liga Juara-juara yang pernah kami menangi itu, ia kerana semuanya bermula dengan kelayakkan. Jadi saya tak ada hal yang buat saya lebih gembira sekarang.”
Ketika ditanya adakah keraian tersebut sangat beremosi untuknya, Alisson menjawab:
“Ya, saya telah berusaha menjauhkan diri dari temu bual untuk tempoh yang lama. Ia sangat sukar, kerana setiap kali saya berbicara tentang itu (tentang pemergian ayahnya) saya akan beremosi.”
“Tapi saya betul-betul mengucapkan terima kasih kepada semua. Kepada premier league, semua pemain, saya terima surat dari pengurus, dari pasukan, dari pasukan lain seperti Everton dan Carlo Ancelloti, semua pemain.”
🗣 "If it wasn't for you I could never get through this."
Alisson Becker thanks everyone to for their well wishes during a difficult time in his life pic.twitter.com/bU9em3q1PT
— Football Daily (@footballdaily) May 16, 2021
“Man City, Chelsea, saya tak mahu jadi tak adil dengan yang lain sebab saya lupa. Tapi saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada semuanya.”
“Para penyokong Liverpool, tanpa kamu, saya mungkin tak mampu lalui semua ini. Kerana saya jauh dari keluarga saya sejak semua ini berlaku. Ibu saya, maksud saya, isteri saya juga sungguh menakjubkan, anak saya beri saya tenaga.”
“Inilah bagaimana kita merasakan kasih sayang dari Tuhan. Inilah cara bagaimana Tuhan sayangkan kita. Melalui orang lain. Saya cuma mahu ucapkan terima kasih pada ketika ini.”