Pemain pertahanan Flamengo, Gustavo Henrique menangis pada Ahad lalu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kemaluan, atau lebih tepat di bahagian ‘kerandut telur’ ketika perlawanan menentang Corinthians.
Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan tersebut selepas lawan tidak sengaja terpijak bahagian tersebut, menyebabkan darah dengan cepat dan jelas kelihatan di seluarnya.
Walaupun telah menukar seluarnya selepas dikeluarkan seketika, dan cuba menyambung aksi selepas itu, Henrique bagaimana pun tetap terpaksa dikeluarkan pada minit ke-39 perlawanan dan menangis ketika meninggalkan padang.
Pendarahan pada bahagian luka berhenti seketika selepas menerima rawatan di bilik persalinan, namun pemain itu kemudiannya terpaksa terus dipantau oleh doktor yang merawatnya.
Flamengo adalah juara bertahan Brazil, dan mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas seteru mereka itu dalam perlawanan yang diadakan di Sao Paolo.
Pada ketika Henrique dikeluarkan, Flamengo sedang mendahului perlawanan 1-0 hasil gol jaringan Everton Ribiero pada minit ke-31 perlawanan.
Flamengo CB Gustavo Henrique has been subbed off after suffering from a testicle injury.
Painful pic.twitter.com/h1yJjXhPU7
— AllThingsSeleção ™ (@SelecaoTalk) October 18, 2020
Henrique semestinya berharap kecederaan tersebut tidak menyisihkan beliau terlalu lama, tatkala Flamengo akan berhadapan dengan pendahulu liga Internacional pada Ahad.
Kemenangan bermakna Flamengo akan melonjak melangkau lawan mereka itu, namun sehingga ke hari ini tidak boleh dipastikan sama ada Henrique akan pulih sepenuhnya untuk perlawanan penting tersebut.
Flamengo Gustavo Henrique suffers horror testicle injury and is forced off with blood-stained shorts.
during the crunch clash in Brazil.
a Corinthians player accidentally stepped on his private parts after a tackle.
Fan said: "I can literally feel the pain after seeing this." pic.twitter.com/E9D6rZLah0— Lilian Chan (@bestgug) October 19, 2020
Henrique menyertai Flamengo pada Januari tahun ini setelah menyertai kelab itu dengan kontrak selama 4 tahun. Sehingga kini, beliau telah tampil dalam 9 perlawanan untuk pasukannya itu di saingan Serie A Brazil.
Beliau adalah produk akademi Santos, dan telah tampil dalam 216 perlawanan untuk pasukan itu selama lapan tahun sebelum ini.
Henrique bagaimana pun belum pernah tampil untuk skuad kebangsaan Brazil walau pun pernah beraksi untuk skuad Bawah-23 negaranya itu pada 2015.