Bos besar kretek jemana Djarum, Michael Bambang Hartono, berkata beliau bertekad mahu membantu membangunkan bola sepak di Indonesia.
Namun ketika ini beliau masih lagi menyelesaikan isu dengan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) selepas dituduh mengeksploitasi pekerja kanak-kanak.
Kelab bulu tangkis PB Djarum telah dikaitkan dengan masalah tersebut. Hartono sangat kecewa dengan tuduhan itu.
Segalanya bermula apabila PB Djarum melakukan ujibakat/trial kepada pemain-pemain badminton yang berusia 13 tahun.
Akibat nama Djarum itu adalah rokok, maka mereka dituduh mengeksploitasi kanak-kanak.
Oleh itu, Michael Bambang Hartono memutuskan untuk menggantikan audition PB Djarum kepada Audition Umum sahaja.
Ianya bagi mengelakkan program itu dibatalkan, hanya kerana namanya. Beliau tidak mahu perlaburan yang sudah dilakukan menjadi sia-sia begitu sahaja.
Kini perusahaan Djarum sedang berusaha untuk membantu memajukan bola sepak di Indonesia.
Michael Bambang mahu Djarum terlibat dalam pembinaan semula struktur bola sepak di Indonesia menerusi program Garuda Select.
Satu program yang menjejak bakat muda dan menghantar bakat itu keluar negara termasuk ke England dan Itali.
Michael berikrar akan membantu PSSI dengan sedaya upaya beliau. Dengan syarat KPAI tidak melabel mereka mengeksploitasi kanak-kanak sekalo lagi.
“Kami komited membangunkan bola sepak Indonesia asalkan tidak dituduh KPAI melakukan eksploitasi kanak-kanak sekali lagi.”
“Sakit hati? Siapa tak sakit hati apabila anda dituduh begitu. Jangankan nak ucap terima kasih, malah dikatakan eksploitasi kanak-kanak pula,” tambah beliau lagi.
Baru-baru ini, Michael Hartono telah membeli sebuah kelab Serie 3 Itali, Como 1907. Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanya, apa tujuan beliau membeli kelab itu.
Michael berkata: “Nah itu tujuannya untuk membantu supaya PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) bisa berkembang nantinya, karena ini yang saya bina adalah junior 16 tahun ke atas,” kata Bambang.
https://t.co/7MBFfOvH84… https://t.co/qM7fBqPmdg
— Wyoe (@Wyoe_Vandesko) October 29, 2019
Bola sepak Indonesia dilabel tenat oleh peminat mereka. Dalam kelayakan Piala Dunia 2019, mereka masih belum mengutip sebarang mata, tewas kesemua perlawanan awal mereka setakat ini.
Indonesia baru bangkit daripada penggantungan FIFA beberapa tahun yang lalu. Mereka mahu membina sebuah pasukan bola sepak yang kuat daripaa sebuah negara yang memiliki penduduk lebih 264 juta.
Sumber: Sports Detik