Takumi Minamino Hampir Pasti Milik Liverpool Tahun Depan

Liverpool dilaporkan dalam proses untuk melengkapkan perpindahan pemain sensasi, Takumi Minamino daripada RB Salzburg.

Rundingan peringkat awal dikatakan sangat positif dan kini mereka sedang berbincang untuk beberapa lagi perkara untuk mengesahkan perpindahan tersebut.

Beberapa sumber yang sangat dipercayai telah mengemaskini maklumat berkenaan dengan perbincangan melibatkan pemain tersebut.

Takumi Minamino mulai menjadi perhatian ramai pihak selepas aksi cemerlang beliau dalam aksi menentang Liverpool di Anfield beberapa bulan lalu, ketika perlawanan Liga juara-juara Eropah.

Belum juga telah menunjukkan aksi yang cemerlang sekali lagi ketika aksi Liga juara-juara Eropah pada perlawanan kedua melibatkan RB Salzburg dan Liverpool.

James Pearce mendedahkan bahawa beberapa kelab di Jerman, Itali dan juga England selain daripada Liverpool sedang mengintai khidmat pemain ini. Antaranya adalah Manchester United.

Namun pihak Liverpool telah melakukan langkah awal untuk memastikan pemain itu menjadi milik mereka pada Januari ini.

Liverpool mendapat tahu bahawa kontrak pemain tersebut ada klausa pelepasan yang membolehkan pemain itu pergi bila bila masa apabila angka itu dibayar.

Liverpool menilai pemain tersebut berharga lebih daripada £20 juta.

Oleh itu klausa pelepasan bernilai sekitar £7.25 juta yang terkandung pada kontrak pemain tersebut dianggap satu harga lelong untuk permainan berkualiti tinggi seperti Takumi Minamino.

Takumi Minamino merupakan pemain penyerang di bahagian sayap untuk pasukan RB salzburg dan juga pasukan kebangsaan negara Jepun.

Perkembangan dan pembangunan bakat pemain ini sangat sistematik. Beliau merupakan pemain remaja kebangsaan pasukan Jepun untuk semua peringkat.

Takumi Minamino pernah mewakili negaranya dalam temasya Olimpik di Rio De Janeiro.

Dan kini Takumi Minamino telah menjadi pemain utama untuk skuad utama pasukan kebangsaan Jepun.

Liverpool memerlukan tambahan kualiti pada bahagian serangan untuk mengisi kekosongan apabila pemain seperti Mohamed salah Sadio Mane ataupun Roberto Firmino.

Difahamkan Takumi Minamino boleh beraksi di kesemua posisi dengan secara efektif.

Liverpool berharap perjanjian ini akan dapat diselesaikan dengan segera untuk memastikan pemain itu tidak pergi ke kelab lain.

Liverpool ketika ini masih lagi berada dalam kedudukan terbaik untuk mengakhiri kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.

Liverpool juga turut mara ke pusingan kalah mati Liga juara-juara Eropah selaku status juara bertahan.

Liverpool tidak menandatangani sebarang pemain bintan pada jendela perpindahan pramusim yang lalu. Harga hanya membeli dan mendaftarkan beberapa pemain muda untuk diserapkan dalam pasukan kami.

Klopp enggan panik mendapatkan pemain baharu selepas mereka menang UCL. Liverpool dikaitkan dengan beberapa pemain seperti Nicolas Pepe.

Namun perjanjian itu tidak berlaku seperti yang dijangka oleh beberapa media. Nicolas Pepe sebaliknya menyertai pasukan Arsenal dengan perpindahan termahal dalam EPL musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.