Tak Tahan Bau Di Carrington Punca Robben Tak Jadi Sertai Man United

Arjen Robben sebenarnya terlebih dahulu memilih Manchester United sebelum beliau swing ke Chelsea.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Rio Ferdinand yang melihat Arjen Robben sudah berada di perkarangan kompleks latihan mereka.

Robben sangat teringin untuk menyertai Man Utd ketika itu, sehinggalah beliau dibawah melawat kompleks latihan pasukan di Carrington, terus Robben berubah hati.

Alasannya sangat pelik, Robben dikatakan tidak suka dengan bau di situ dan terasa loya.

Dan Robben kemudian memutuskan beliau memilih pasukan Chelsea. The Blues berjaya mendapatkan salah seorang prospek pada masa itu, dari kelab PSV Eindhoven.

Beliau membantu Chelsea menjuarai liga perdana Inggeris. Selepas itu kariernya terus meningkat naik. Robben dipancing oleh Real Madrid.

Ini diiukuti karier kemuncak beliau di Bayern Munich. Di mana Arjen Robben membantu Bayern Munich menang 8 kejuaraan Bundesliga.

Robben menjadi sasaran utama Sir Alex Ferguson selepas memantau perkembangan pemain itu sejak di Groningen lagi. Ketika itu beliau masih remaja.

Robben menjadi sasaran banyak kelab besar pada ketika itu. Dianggap pemain prospek yang paling mengujakan.

Ferdinand tetap pilih Giggs

Rio Ferdinand menyatakan United sangat teruja mahu mendapatkan salah seorang pemain sayap yang paling sukar dikekang itu.

Malangnya, entah apa agaknya bau di Carrington yang membuatkan winger sensasi itu tak mahu menyertai mereka.

Walaupun Ferdinand mengakui Robben sangat hebat. Namun jika dibandingkan dengan Ryan Giggs, Ferdinand memilih Giggsy.

“Di antara Robben dan Giggs, pada waktu kemuncak mereka, saya akan memilih Giggsy. Robben ni jahat sungguh. Kamu tahu dia akan menukar arah ke kaki kirinya, namun bek kiri akan tetap dibahamnya dan tak mampu menghentikannya.”

“Dia seolah olah berkata: ‘Aku nak ke kiri ni, kau tak akan dapat hentikan aku’.”

“Hebatnya pemain bernama Arjen Robben. Kami sepatutnya dapat beliau di Man United.”

Robben tak sertai Man United sebab bau

Ferdinand kemudian menyatakan beliau sangat kecewa dan tak faham dengan sebab Robben menolak Man United hanya kerana tak suka dengan bau di Carrington.

“Rasanya dia ada datang ke pusat latihan kami. Beliau berjalan jalan di sekitar Carrington. Dan tiba tiba dia tidak sukakan bau di situ dan terus keluar.”

“Seterusnya, Robben terus pergi menyertai Chelsea. Saya seolah olah tak percaya. Robben pasti akan menjadi pemain yang hebat kalau dia bersama kami ketika itu.”

Arjen Robben merupakan antara pemain sayap terbaik dalam generasinya. Legenda ini dikenali sebagai pemain yang dikenali dengan keupayaan cut inside yang luar biasa.

Bayangkan ketika itu, Robben menyertai Man United, pastinya semua piala di dalam genggaman Man United dengan gandingan bersama Cristiano Ronaldo serta Wayne Rooney.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.