Gara-gara aksi mencarut dan menunjukkan rasa marahnya kepada penyokong, Granit Xhaka telah dipecat daripada jawatan kapten.
Perkara itu disahkan oleh Unai Emery sebelum sepak mula Liga Europa berhadapan dengan Vitoria.
Xhaka terpalit kontroversi ketika dikeluarkan pada aksi menentang Crystal Palace. Xhaka diboo oleh penyokong sendiri yang menganggap pemain itu perosak dan liabiliti kepada pasukan.
Xhaka membalas ejekan itu dengan meminta penyokong Arsenal mengeboo lebih kuat lagi dan mencarut ke arah penyokong.
Granit Xhaka kemudian bertindak menanggalkan bajunya dan terus masuk ke terowong. Penyokong Arsenal menganggap tindakan itu biadap kerana ia tidak menghormati kelab dan penyokong.
Unai Emery menyatakan Xhaka memang tidak sepatutnya bertindak sedemikian dan Unai menyatakan beliau serta pengurusan tertinggi sudah berjumpa Xhaka untuk membincangkan perkara tersebut.
Xhaka merupakan kapten yang dipilih daripada sistem demokrasi terpimpin di Arsenal. Ketika pra musim, Arsenal sempat mengadakan pilihanraya kecil di kalangan pemain untuk memilih kapten baru.
Arsenal players have all taken part in a blind ballot to put their suggestions forward as to who should be captain.
Rob Holding on the training ground vote and why he would be proud to be skipper👇👇https://t.co/mk3xmSWiOk
— Charles Watts (@charles_watts) September 26, 2019
Ada 3 nama diundi dalam senarai tertinggi dan berada dalam senarai kelompok kapten utama.
Mereka ialah Granit Xhaka selaku pemenang dengan pilihan majoriti, ini diikuti Hector Bellerin serta Mesut Ozil.
Selepas insiden panas itu, Xhaka yang baru sahaja menjadi kapten Arsenal tak sampai sepenggal dan cuma bertahan 2 bulan.
Xhaka menjadi ketua pasukan untuk Arsenal selepas pemergian Laurent Koscielny.
Selepas insiden tegang pada aksi menentang Palace itu, para penyokong Arsenal menuntut permohonan maaf daripada Xhaka di atas perbuatannya keluar padang dengan cara sebegitu dan menganggalkan jersi Arsenal di hadapan semua orang.
Namun Xhaka berdiam diri tentang insiden itu. Unai Emery dalam sidang media selepas insiden itu menyatakan tindakan Xhaka adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.
Unai Emery turut menyifatkan para penyokong juga ada salahnya, melayan pemain sebegitu.
Beberapa hari selepas itu, dalam sidang media sebelum aksi menentang Liverpool, Unai Emery menyatakan beliau sudah bercakap dengan Xhaka tentang perkara itu dan menegaskan bahawa pemain itu harus bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku.
Semalam, Granit Xhaka menggunakan instagram beliau memohon maaf kepada penyokong Arsenal. Beliau juga menjelaskan sebab kenapa beliau bertindak sedemikian.
Xhaka dalam kenyataannya berkata: “Saya memerlukan sedikit masa selepas apa yang berlaku pada petang Ahad yang lalu. Saya memutuskan untuk memberikan penjelasan kepada anda semua, daripada memberikan respon segera selepas insiden itu.”
“Insiden ketika saya ditukar tempoh hari, membuatkan saya sangat kecewa. Saya sayangkan kelab ini dan sentiasa memberikan 100% di atas padang.”
“Namun, para penyokong tidak memahami perasaan saya. Mereka telah berterusan memberikan komen mengecam saya ketika di dalam perlawanan dan juga di media sosial, sepanjang minggu dan bulan yang lalu.”
🗣 Granit Xhaka: "My feeling of not being understood by fans, and repeated abusive comments at matches and in social media over the last weeks and months have hurt me deeply." pic.twitter.com/QnUrwG2KpI
— Goal (@goal) October 31, 2019
“Itu telah membuatkan hati saya terluka. Mereka mengecam dengan berkata, ‘kami akan patah – patahkan kaki kamu… kami akan bunuh isteri kamu … semoga anak kamu mendapat kanser.”
“Itu telah membuatkan saya mendidih dan makan hati ketika dikeluarkan pada hari Ahad lalu di dalam stadium.”
These comments were under a photo where Xhaka shared of him becoming a father. pic.twitter.com/Pdl7rP7bGs
— ٍ (@zak_afc) October 30, 2019
“Dalam situasi ini, saya telah terbawa-bawa dengan apa yang berlaku dan memberikan tindak balas yang tak sepatutnya kepada kelompok penyokong yang menyokong kelab kita, kepada pasukan dan kepada saya sendiri dengan tenaga yang positif.”
“Harapan saya adalah agar kita semua kembali semula ke situasi di mana kita semua saling hormat menghormati. Ingat kembali, sebab apa kita semua cintakan sukan ini. Marilah kita bergerak maju ke hadapan dengan positif, bersama – sama.”
Kenyataan Granit Xhaka itu turut dimuat naik semula oleh Arsenal menerusi twitter rasmi kelab.
The following is a message from Granit Xhaka… pic.twitter.com/YG5lBKmQvi
— Arsenal (@Arsenal) October 31, 2019
Unai Emery telah merehatkan Xhaka dalam beberapa perlawanan. Dan minggu ini beliau menyatakan, Xhaka bukan lagi kapten Arsenal. Beliau sudah dimaklumkan akan perkara itu.
Pierre-Emerick Aubameyang will succeed Granit Xhaka as Arsenal captain
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 5, 2019
Unai berkata: “Granit bukan lagi kapten kami. Saya sudah berjumpa dengan beliau untuk menjelaskan tentang perkara ini.”
Aubameyang merupakan salah seorang pemain yang paling konsisten di dalam pasukan Arsenal ketika ini.
Pierre-Emerick Aubameyang's record for Arsenal across all competitions:
• 78 games
• 50 goals
• 11 assistsThe new captain. ⓒ pic.twitter.com/vWVKWw4d5U
— Squawka Football (@Squawka) November 5, 2019