Conor McGregor kini nampak terdesak mahu mencari lawan beliau untuk pertarungan kepulangan semula beliau ke UFC.
Hasrat McGregor untuk berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov nampak sudah tertutup selepas Dana White menyatakan keutamaan UFC kini adalah Khabib vs Ferguson.
Terbaru, Conor McGregor telah menempah dan mengumumkan pertarungan menerusi satu rantaian balasan Twitter.
UFC mengucapkan selamat hari jadi kepada Frankie Edgar. Di bawah status tersebut, Conor berkata: “Happy birthday Frankie, jumpa Disember ini.”
Edgar terus membalas: “Terima kasih sahabat, saya sudah katakan ya, tinggal kamu sahaja nak sahkan dengan Dana White untuk memastikan ianya jadi.”
McGregor: “Teruskan White, kita buat jadi pertarungan ini. Saya akan memberikan dompet saya untuk kebajikan. Responden pertama. Satu untuk semua!” sambil tagging nama produk whiskey beliau.
Happy birthday Frankie, see you in December.
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) October 16, 2019
Thanks pal, I said yes already it's on you and @danawhite to make it happen.
— Frankie Edgar (@FrankieEdgar) October 16, 2019
There you go White, make the bout. Give my purse to charity.
First responders.
One for All! @ProperWhiskey— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) October 16, 2019
Seperti biasa, Dana White sentiasa pantas memberikan respon tentang apa sahaja berkaitan dengan Conor McGregor.
Beliau menegaskan bahawa pertarungan di antara Conor McGregor vs Frankie Edgar tidak mungkin boleh direalisasikan.
Ini kerana kedua-dua mereka berada dalam 2 kelas berat yang berbeza.
White menambah: “Frankie sepatutnya bertemu dengan Aljamain Sterling, namun Aljmain cedera dan terpaksa menarik diri.”
Namun Dana White memberikan jaminan bahawa Conor McGregor akan tetap turun beraksi pada tahun hadapan.
Nampaknya satu lagi pertarungan yang dimahukan Conor McGregor tidak dapat direalisasikan. Sebelum ini Dustin Poirier sudah memberitahu bahawa, Poirier vs McGregor adalah yang paling realistik. Namun Conor tak melayan cabaran itu.