Perbicaraan kes melibatkan kapten Manchester United sudah pun bermula di kepulauan Syros di Greece.
Pemain antarabangsa England itu diwakili oleh seorang peguam terkenal di dalam hal hak asasi manusia di negara berkenaan, Alexis Anagnostakis.
Pemain berusia 27 tahun itu dibebaskan dari tahanan polis pada Sabtu selepas ditahan di Mykonos pada Khamis kerana terlibat dengan pergaduhan, termasuk dengan pihak polis.
After being accused of 'violence against officials, disobedience, bodily harm, insult and attempted bribery of an official', Man Utd captain Harry Maguire left court today free to travel to the UK after denying all allegations. His lawyers will represent him in court on August 25 pic.twitter.com/4zUj5DwXyv
— B/R Football (@brfootball) August 22, 2020
Maguire mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut. Pemain itu tidak memberikan sebarang komen selepas didakwa pada Sabtu lalu dan peguam beliau mengesahkan pemain itu bebas buat masa sekarang.
Pendakwa raya Syros berkata tiga lelaki warga asing telah ditahan selepas bergelut dengan pihak polis di Mykonos pada Khamis.
Mahkamah diberitahu tiga lelaki warga asing itu termasuk Maguire adalah abangnya, Joe berusia 28 tahun, dan kenalan rapat, Christopher Sharman berusia 29 tahun. Ayah Maguire turut hadir pada perbicaraan.
Mykonos police on detaining Harry Maguire: "The soccer player was verbally abusive to an officer and then hit him," per @ReutersUK pic.twitter.com/prcRdpWuMN
— B/R Football (@brfootball) August 21, 2020
Pihak polis berkata satu fail siasatan telah dibuka atas tuduhan bertindak ganas terhadap pegawai penguatkuasa, ingkar arahan, cuba mendatangkan kecederaan dan cubaan melakukan rasuah.
Kenyataan dari pihak polis berkata ketiga-tiga indvidu cuba bertindak kasar selepas tiba di balai polis Mykonos, dan memukul polis. Salah seorang daripada mereka dipercayai Maguire turut cuba memberi rasuah.
The prosecution have alleged that once Harry Maguire arrived at the police station in Mykonos after the incident he said:
🗣️ “Do you know who I am? I am the captain of Manchester United, I am very rich, I can give you money, I can pay you, please let us go.” pic.twitter.com/2KgU5r7kCJ
— Football Tweet (@Football__Tweet) August 25, 2020
Maguire ketika di bawa ke balai polis dikatakan beteriak: “”Tahu siapa saya? Saya Kapten Man Utd, saya sangat kaya dan boleh bayar kamu. Lepaskan kami.”
Maguire dilaporkan sedang bercuti di Greece ketika kejadian. Pemain itu menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan £80 juta pada Ogos 2019.