Tahniah Liverpool Kerana Akhirnya Menamatkan Musim Ini Dengan Satu Piala

Selepas memenangi gelaran Premier League dan Champions League dalam tempoh dua tahun terakhir ini, Liverpool bakal menjulang satu lagi kejuaraan pada musim ini.

Kejuaraan yang bakal dijulang oleh anak-anak buah Jurgen Klopp itu adalah anugerah Fair Play untuk musim ini walaupun ia bukanlah sesuatu yang mereka mahukan.

Ia merupakan satu musim yang suram untuk Liverpool sepanjang musim ini, dengan mereka dilihat begitu sukar untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi pada musim lalu.

Masalah kecederaan pemain merupakan punca utama kepada kemerosotan prestasi para pemain dan skuad Liverpool turut berdepan dengan deretan kekalahan pada awal tahun lalu.

Sampai satu ketika sebelum ini, Liverpool mungkin bakal mengakhiri saingan liga musim ini di kedudukan ke-7 dan ke-8 sebelum mereka bangkit mencatat kemenangan demi kemenangan.

Gol padu jaringan Alisson Becker pada hujung minggu lalu membantu Liverpool menghidupkan peluang mereka untuk mara ke saingan liga Juara-Juara musim hadapan.

Liverpool juga berjaya menewaskan Burnley dalam aksi saingan liga kemarin, dengan kejayaan tersebut membawa mereka ke kedudukan keempat dalam carta liga ketika ini.

The reds juga sebenarnya bakal menerima Piala pada penghujung musim ini, dek kerana mereka dinobatkan pasukan paling suci sepanjang musim ini.

Liverpool hanya menerima 38 layangan kad kuning sahaja sepanjang musim ini dengan tidak ada sesiapa pemain mereka yang pernah dilayangkan dengan layangan kad merah.

Ia menjadikan Liverpool sebagai pasukan paling suci dalam saingan bola sepak Inggeris musim ini, namun ia masih bergantung kepada aksi perlawanan terakhir liga yang akan dilangsungkan pada hujung minggu nanti.

Hal ini kerana Burnley yang berada dikedudukan kedua sebagai pasukan paling suci telah menerima 47 layangan kad kuning dan mereka juga tidak ada rekod pemain yang dilayangkan dengan layangan kad merah, maka Liverpool perlu mengelak kad merah untuk menjulang Piala tersebut.

Skuad kendalian Jurgen Klopp perlu menang dalam aksi perlawanan terakhir liga untuk mara ke UCL musim hadapan, dan perlu mengelak pemain mereka dihukum untuk dinobatkan sebagai pasukan paling suci.

Aksi perlawanan terakhir Liverpool musim ini adalah bertemu Crystal Palace di Anfield dan The Reds turun sebagai pasukan pilihan yang bakal membawa pulang tiga mata yang paling mereka kehendaki itu.

Seandainya Liverpool dinobatkan sebagai pasukan paling suci musim ini, ia merupakan kali kelima skuad kendalian Jurgen Klopp memenangi anugerah tersebut.

Liverpool sepanjang bermulanya saingan premier league, mereka telah memenangi sembilan kali anugerah Fair Play dan ia merupakan rekod yang sangat menakjubkan.

Disamping The Reds, Burnley dan Leicester merupakan dua lagi pasukan lain dalam saingan premier league yang masih belum pernah menerima layangan kad merah musim ini.

Walau bagaimanapun, The Foxes hanya menduduki kedudukan ketujuh dalam senarai dek kerana mereka musim ini telah menerima 57 layangan kad kuning.

Pasukan paling kotor dan jijik sepanjang musim ini jatuh kepada Sheffield United yang telah tersingkir dari saingan premier league dan bakal beraksi dalam saingan Championship musim hadapan.

The Blades telah menerima 70 layangan kad kuning dan tiga layangan kad merah menjadikan mereka pasukan paling kotor dalam saingan premier league musim ini.

Brighton mendominasi kedudukan sebagai pasukan yang paling banyak menerima layangan kad merah dengan mereka musim ini telah menerima enam layangan kad merah, satu kad merah melebihi Arsenal yang mengumpul lima secara keseluruhannya.

Ia bukanlah satu Piala yang diharapkan oleh Liverpool, namun Piala tetap Piala, pasukan paling suci, bukan kah itu satu kebanggaan?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.