Pelumba motosikal negara, Azlan Shah Kamaruzaman, pernah melakar sejarah apabila menjadi juara sulung kategori ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 yang berlangsung di Buriram, Thailand, bersama ONEXOX TKRR SAG.
Azlan ketika itu menggunakan jentera BMW S 1000 RR untuk menjadi juara Asia dan mengibarkan jalur gemilang di podium.
https://twitter.com/edymohdnoor/status/1201488213409325057
Namun kini Azlan merasakan dirinya dipinggirkan walaupun sudah mengharumkan nama Malaysia. Tidak ada liputan media yang banyak tentang beliau. Lalu Azlan meluahkan kekecewaannya menerusi akaun media sosial beliau semalam:
“Salam semua. Saya ingin meluahkan sikit yang terbuku di dada ni.”
“Kecewanya rasa bila baru-baru ini membawa bendera Malaysia yang ku sanjung di Buriram selepas dinobat kan sebagai juara asia .”
“Namun sambutan surat khabar tiada langsung menceritakan kenangan manisku menjulang Piala Asia Road Racing.”
#ARRC @azlan25shah è il primo Campione ASB1000 @asiangp della storia https://t.co/xkAh42BbuY
— Corsedimoto (@corsedimoto) December 1, 2019
“Yag ada hanya Berita Harian yang memwa-rwarkan berita ini. Aku juga atlet yang membawa nama Malaysia ke persada dunia.”
“Namun sambutan hambar, pandang lah kami juga atlet yang mengadai nyawa untuk negara tercinta.”
Salam semua….ingin meluahkan sikit yang terbuku di dada ni…. kecewanya rasa bila baru2 ni membawa bendera Malaysia yang ku sanjung di buriram selepas dinobat kan sebagai juara asia …namun sambutan surat khabar tiada langsung menceritakan kenangan manis ku menjulang Piala
— Azlan shah #25 (@azlan25shah) December 3, 2019
“Tengok-tengoklah bawah sikit wahai orang-orang yang sepatutnya. Maafkan saya jika terkasar bahasa. Hanya luahan hati. Ahamdulillah terima kasih semua.”
Tindakan Azlan itu cepat mendapat perhatian media. Namun ada juga warganet yang menganggap Azlan sebagai meraih popularuti.
Menurut Azlan, beliau bukan mengejar glamor. Tetapi mahu memberikan kesedaran tentang pentingnya media dalam berperanan mempromosi dan mendidik masyarakat muda hari ini yang berminat dengan sukan seperti lumba motosikal.
Azlan tampil dengan penjelasan: “Statement saya bukan untuk mencari populariti. Bagusnya kuasa media untuk generasi muda tahu berlumba dengan jalan yang betul dan mengharumkan nama negara.”
“Ikut saluran yang betul, bukan lumba haram atau basikal lajak. Tak kisah mana sukan pun. Sekadar berkongsi pendapat saya.”
Kenyataan dan luahan hati Azlan itu mendapat perhatian dariapada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Syed Saddiq kemudian menyatakan bahawa sebelum ini beliau sudah berkali kali meningatkan rakan media untuk memberikan liputan kepada sukan permotoran.
“Ini bukan kali pertama saya mohon rakan rakan media untuk berikan liputan yang luas kepada dunia permotoran.”
“Tolong lah. Mereka wira kita juga.”
“Amat sukar mendapatkan tajaan untuk sukan permotoran jika kurang liputan media.”
Saddiq kemudian meletakkan tag pada nama beberapa media besar seperti NST, Sinar Online, Star Online, Harian Metro, Astro Awani dan lain-lain.
Ini bukan kali pertama saya mohon rakan rakan media untuk berikan liputan yang luas kepada dunia permotoran.
Tolong lah. Mereka wira kita juga.
It’s hard to get sponsorship for motorsports if less coverage.@NST_Online / @SinarOnline / @staronline /@hmetromy /@501Awani dll https://t.co/TP941D0N65
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 4, 2019
Diharap selepas ini akan lebih banyak liputan tentang sukan permotoran. Ini kerana mereka juga sudah banyak kali menaburkan jasa dan mengharumkan nama negara.