Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membantu golongan geng basikal lajak telah mendapat kritikan ramai pihak.
Semalam, Syed Saddiq menyatakan program dan bengkel membantu geng basikal lajak telah lama dijalankan oleh kementeriannya. Ianya sebelum kes tragedi basikal lajak.
KBS berharap dapat melahirkan pelapis dan jaguh sukan basikal bagi mewakili Malaysia pada masa yang akan datang.
Oleh itu, KBS menyediakan bengkel latihan termasuk menyediakan para pelatih secara profesional bagi membantu golongan basikal lajak.
Syed Saddiq percaya usaha KBS itu akan dapat memberikan manfaat dan membantu geng basikal lajak untuk menggunakan hobi dan keberanian mereka di tempat yang betul.
Syed Saddiq berkata kepada wartawan di lobi parlimen: “Ini sesuatu yang KBS sudah lakukan sebelum insiden kemalangan membabitkan basikal lajak. Kita sudah laksanakan banyak bengkel latihan kepada kumpulan basikal lajak.”
“Tidak cukup sekadar sediakan litar kerana aspek keselamatan tidak diutamakan.”
“Basikal yang mereka ubah suai juga tiada brek, tidak menggunakan peralatan keselamatan serta dipandu di kawasan yang berbukit.”
Bukan sahaja kemahiran mengendalikan basikal. Malah mereka juga akan dibantu membina otot dan kekuatan fizikal.
“Jadi kita sediakan peralatan basikal pegun untuk mereka gunakan, yang mana ia dapat membina otot dan kelajuan, sekali gus melatih mereka menjadi pelumba basikal Malaysia satu hari nanti.”
Syed Saddiq memberitahu wartawan bahawa, bengkel itu mendapat sambutan luar biasa.
“Dalam program terakhir yang saya sendiri sertai di Gombak, terdapat kira-kira 150 komuniti basikal lajak yang turut bersama dalam bengkel itu,” tambah beliau.
KBS menyediakan bengkel serta pelatih profesional bagi memastikan minat berbasikal lajak disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat.
Selain dariada pelumba basikal lajak, mereka yang suka mengubahsuai basikal lajak juga berpeluang untuk mengembangkan bakat mereka dengan menyertai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).
Syed Saddiq sedang mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan dengan memajukan para pelumba basikal lajak termasuk kesedaran keselamatan.
Banyak kritikan diterima oleh Syed Saddiq. Ramai yang mempertikaikan apa relevannya Syed Saddiq membantu golongan basikal lajak sehingga membuat bengkel.
Namun Syed Saddiq percaya beliau telah melakukan perkara yang betul.
Criticised for helping ‘basikal lajak’ enthusiasts, Syed Saddiq says important to guide, not punish | Malay Mail https://t.co/AEH5KEMFxl
— Malay Mail (@malaymail) November 7, 2019
Syed Saddiq menjelaskan dalam warkah khas beliau menerusi facebooknya. Syed Saddiq menulis:
“Menteri Mat Lajak”
“Saya dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing & bukan menghukum.”
“Dari terus menghina mereka, saya pilih untuk melatih mereka dengan pendidikan TVET.”
“Dari terus mengecam mereka, saya pilih untuk mendidik mereka tentang keselamatan jalan raya.”
“Dari terus mencaci mereka, saya pilih untuk memasukkan mereka ke Program Pembangunan Berbasikal Negara.”
“Segelintir dari kita suka menghukum dan gagal untuk membimbing. Mereka perlukan bantuan kita semua. Mereka ini adalah tanggungjawab kita bersama.”
“Saya akan terus mendekati komuniti ini.”
“Saya mahu mereka jadi anak anak yang berjaya.”
“Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat & mengasah bakat mereka dengan cermat.”
“Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang. Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan.”
“Let us all find a way to lend a helping hand in guiding these youths to success. We owe it to Malaysia!”