Syed Saddiq: KBS Sedang Mengadakan Bengkel Untuk Pelumba Basikal Lajak

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang melatih kanak-kanak dan remaja yang bermain basikal lajak.

Ini dengan harapan, KBS dapat melahirkan pelapis dan jaguh sukan basikal bagi mewakili Malaysia pada masa yang akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata KBS menyediakan bengkel latihan. Ini termasuka para pelatih secara profesional bagi membantu golongan basikal lajak.

Syed Saddiq percaya usaha KBS itu akan dapat memberikan manfaat dan membantu geng basikal lajak untuk menggunakan hobi dan keberanian mereka di tempat yang betul.

Syed Saddiq turut menyatakan usaha isu sudah lama dilakukan oleh KBS, sebelum insiden kemalangan ngeri basikal lajak yang menggemparkan negara.

Syed Saddiq berkata kepada wartawan di lobi parlimen: “Ini sesuatu yang KBS sudah lakukan sebelum insiden kemalangan membabitkan basikal lajak. Kita sudah laksanakan banyak bengkel latihan kepada kumpulan basikal lajak.

“Tidak cukup sekadar sediakan litar kerana aspek keselamatan tidak diutamakan.”

“Basikal yang mereka ubah suai juga tiada brek, tidak menggunakan peralatan keselamatan serta dipandu di kawasan yang berbukit.”

Bukan sahaja kemahiran mengendalikan basikal. Malah mereka juga akan dibantu membina otot dan kekuatan fizikal.

“Jadi kita sediakan peralatan basikal pegun untuk mereka gunakan, yang mana ia dapat membina otot dan kelajuan, sekali gus melatih mereka menjadi pelumba basikal Malaysia satu hari nanti.”

Syed Saddiq memberitahu wartawan bahawa, bengkel itu mendapat sambutan luar biasa.

“Dalam program terakhir yang saya sendiri sertai di Gombak, terdapat kira-kira 150 komuniti basikal lajak yang turut bersama dalam bengkel itu,” tambah beliau.

Selain dariada pelumba basikal lajak, mereka yang suka mengubahsuai basikal lajak juga berpeluang untuk mengembangkan bakat mereka dengan menyertai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).

Syed Saddiq sedang mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan dengan memajukan para pelumba basikal lajak termasuk kesedaran keselamatan.

Sumber: BH Online

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.