Malang menimpa pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir apabila hasratnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut dalam Kelas Putra B (50- 55kg) menemui kegagalan.
Faizul yang tampil sebagai peserta pilihan telah tumpas di tangan pesilat tuan rumah.
Usaha untuk mempertahankan pingat emas sebaliknya bertukar tragedi.
Ini apabila beliau terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas dilihat tidak sedarkan diri.
Kecederaan itu berlaku apabila, sebaik sahaja Faizul terjatuh, beliau ditendang oleh lawannya di bahagian kepala.
Dines dilihat dengan berlagaknya berlalu dan tidak memperdulikan lawannya itu.
Faizul disahkan kalah dan tersingkir pada pusingan terakhir peringkat awal.
Tindakan Dines itu dilihat tidak sportif dan melanggar peraturan dan memberikan kemudaratan kepada lawannya.
Ramai yang mempertikaikan kenapa wasit tidak membatalkan sahaja kemenangan Dines?
Hal ini kerana petinju itu dilihat melakukan kesalahan yang serius dengan menyepak kepala lawan yang sudah terlantar dan terjatuh.
Dah jatuh brader tu, disepaknya lagi muka.
Bukan main kau punya lagak. Bukan main. pic.twitter.com/tn54JCDILM
— 🇲🇾 XIريماو (@RimauXI) December 3, 2019
Lebih teruk, petugas perubatan di gelanggang silat tersebut hanya membiarkan Faizul terlantar di gelanggang selama 3 minit dalam keadaan tidak sedarkan dirinya.
https://twitter.com/i/status/1202034544846655489
Dumaan diisytiharkan sebagai pemenang dengan keputusan 5-0.
Pasukan perubatan yang berada di tepi gelanggang pula lambat bertindak dan mengatakan pesilat Malaysia mampu meneruskan perlawanan.
Selepas kiraan detik oleh juri berakhir, pesilat Malaysia masih terbaring di gelanggang yang pihak juri memberikan kemenangan kepada pesilat tuan rumah.
Tindakan lewat oleh sekretariat pertandingan untuk memberikan bantuan perubatan segera kepada Muhammad Faizul, jelas mengundang kemarahan jurulatih silat tanding negara, Mazlan Saari.
Mohd Faizul kemudiannya diusung keluar gelanggang dan dikejarkan ke hospital Hospital Memorial James L. Gordon.
Hasil daripada pemeriksaan doktor, Faizul disahkan mengalami gegaran pada bahagian kepalanya yang membuatkan beliau berada dalam keadaan tak sedarkan diri untuk beberapa minit.
Namun syukurlah, selepas beberapa jam, kondisi beliau sudah pun stabil selepas menerima rawatan di hospital.
Saya dan Puan Nurul Huda, Timbalan CDM telah melawat saudara Faizul Nasir, pesilat negara yang cedera pagi tadi di Sukan SEA Manila. Beliau kini dalam keadaan stabil.
Info lanjut:https://t.co/34cJhbyACK pic.twitter.com/hNcoN7VEiM
— Steven Sim (@scheekeong) December 3, 2019
Perkara itu telah mendapat perhatian serius daripada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq yang menyelar insiden itu.
Syed Saddiq mendapat tahu perkara itu selepas dimaklumkan oleh warganet menerusi akaun media sosial.
Dalam kenyataan beliau menerusi twitternya, Saddiq mengesahkan arahan sudah dikeluarkan untuk pegawai kem Malaysia menghantar protes ke atas kemenangan pesilat tuan rumah.
Syed Saddiq turut memberikan kata-kata sokongan kepada Faizul Nasir.
Beliau berkata:
“Malaysia tidak boleh berdiam diri. Saya telah arahkan pihak Malaysia untuk ambil tindakan dan hantar nota protes.”
“Saya tahu kamu sudah cuba yang terbaik Faizul. Seluruh Malaysia bangga dengan kamu.”
Malaysia tidak boleh berdiam diri.
Saya telah arahkan pihak Malaysia untuk ambil tindakan dan hantar nota protest.
I know you’ve tried your best Faizul.
Malaysia is proud of you🇲🇾 https://t.co/porim2MFDN
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 4, 2019
Filipina terus mendapat kecaman berterusan sama ada daripada penganjuran dan juga pengadilan.
Sebelum ini NST menganggap Sukan SEA Filipina sebagai Sukan Syok Sendiri.
Acara pembukaan dianjurkan di kawasan tertutup buat pertama kali.
#NSTsports The biennial Games has become a joke over the last few decades as the host country is allowed to include and drop events to boost its gold medal chances.#SEAGames2019https://t.co/NUayHltpDB
— New Straits Times (@NST_Online) December 1, 2019
Beberapa gelanggang gagal disiapkan ataupun disediakan dengan sebaiknya. Bilik petugas media dilihat sangat teruk.
Ada juga media melaporkan aspek keselamatan juga menjadi pertikaian. Misalnya di Stadium Memorial Rizal, masih ada kerja-kerja kontrak dilakukan pada hari Sukan SEA berlangsung.