Syed Saddiq Anggap Manifesto EPL Tak Penting, Lebih Baik Fokus NFDP

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, iaitu Syed Saddiq hari ini menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Shahidan Kassim bertanya tentang bila agaknya kerajaan mahu menayangkan siaran langsung Liga Perdana Inggeris di stesen TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum yang lalu.

Ianya merupakan manifesto yang dianggap mahal, namun Pakatan Harapan ketika itu menyatakan mereka ada formula tersendiri untuk memastikan ia direalisasikan.

Syed Saddiq dengan tenang menjawab bahawa keutamaan kerajaan ketika ini bukanlah nak memberikan siaran langsung EPL secara percuma.

Sebaliknya Syed Saddiq menyatakan bahawa kerajaan lebih mementingkan pembangunan akar umbi bola sepak yang akan memberikan faedah kepada negara.

Oleh itu Syed Saddiq menyatakan mereka memberikan fokus kepada program NFDP ia merupakan program pembangunan bola sepak di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Syed Saddiq meningatkan semua pihak bahawa sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa dana untuk NFDP dinaikkan dari RM15 juta kepada RM45 juta dalam pembentangan belanjawan Malaysia.

Lantaran itu Syed Saddiq menyatakan, itu sudah jelas membuktikan komitmen kerajaan kepada program pembangunan bola sepak negara dan bukannya memikirkan soal remeh seperti memberikan siaran EPL percuma.

Dipetik dari sumber Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan itu berkata: “Siaran percuma EPL bukan keutamaan kami.”

Syed Saddiq menjawab soalan tambahan dikemukakan Shahidan Kassim yang mahu mendapat penjelasan tentang janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyiarkan siaran langsung EPL di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dana daripada RM15 juta kepada RM45 juta jelas membuktikan kesungguhan kerajaan mengembalikan status negara sebagai kuasa bola sepak Asia seperti satu ketika dahiku.

Di mana bola sepak Malaysia pernah mara sehingga ke Sukan Olimpik pada era 1970-an dan 1980-an.

Beliau kemudian menggariskan topik berkenaan usaha kerajaan memberikan peruntukan khas kepada golongan wanita supaya mereka dapat mewakili negara dalam pelbagai disiplin sukan.

Seterusnya Syed Saddiq juga membangkitkan isu isu berkaitan pembangunan sukan untuk belia di kawasan separa bandar.

Saddiq berkata: “Begitu juga kawasan separa bandar yang mempunyai belia berisiko paling tinggi dengan sistem ‘traffic light’ yang akan kita wujudkan,” katanya.

Hafeez Yamani mahukan kementerian menyatakan perancangan untuk kemudahan sukan di luar bandar seperti menentukan satu daerah satu kompleks sukan’ kerana belia adalah pelapis kepemimpinan masa depan.

Pastinya semua pihak selepas ini jelas tentang pendirian kerajaan berkaitan dengan siaran percuma EPL yang kerap kali dibangkitkan dan ditanyakan.

Selepas penerangan yang telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq diharap akan menjawab semua persoalan yang berlegar di minda ramai pihak selama ini termasuk anda yang mungkin ternyata mahukan jawapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.