Sebelum ini sebuah konsortium dari Arab Saudi mengumumkan mereka tidak jadi membeli Newcastle United selepas beberapa bulan menanti lampu hijau daripada Liga Perdana Inggeris.
Kumpulan pelaburan itu, yang dianggotai Saudi Public Investment Fund (PIF), PCP Capital Partners dan jutawan adik beradik David serta Simon Reuben, dilaporkan bersetuju membeli kelab daripada Mike Ashley dengan harga 300 juta pound (RM1.67 bilion) pada April lalu.
“Kami mencapai kata sepakat untuk menarik diri daripada mengambil alih Newcastle United FC,” ujar kenyataan mewakili konsortium tersebut pada Julai lalu.
BREAKING: Saudi-backed consortium announces it has pulled out of its attempted take-over of Newcastle United pic.twitter.com/GbqG3Row79
— B/R Football (@brfootball) July 30, 2020
“Proses pengambilalihan yang berlanjutan dalam situasi sekarang dan ditambah dengan ketidaktentuan global menjadikan pelaburan ini tidak lagi berpotensi dari segi komersial,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Bidaan tersebut telah pun diselubungi oleh salah laku pihak Arab Saudi berkaitan hak asasi manusia dan bagaimana mereka menguruskan perkara berkaitan siaran sukan cetak rompak di Timur Tengah.
Minat baharu
Kini timbul lagi minat baharu untuk membeli Newcastle United, dan ia dikatakan datan dari sebuah syarikat gergasi dari Singapura yang beribu pejabat di Perancis.
Menurut laporan Telegraph semalam, Bellagraph Nova Group (BNG) telah memberikan tawaran bernilai £280 juta untuk mendapatkan pemilikan kelab tersebut, dengan bantuan legenda kelab Alan Shearer.
Pegawai Pemasaran Global dan Pelaburan syarikat tersebut, Nereides de Bourbon berkata mereka mengimpikan untuk mendapatkan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan kini sedang berhubung terus dengan bintang dari Portugal itu, jika pemilikan tersebut menjadi kenyataan.
While seeking to expand our boundaries and thriving for excellence, the BNG is on the quest of new sport adventures which leads us to establishing new synergies with different clubs and players such as @Cristiano who is a true representative of our values #sportsnews #highjewelry pic.twitter.com/Oe5DE4HUGl
— Bellagraph Nova Group (@BellagraphNova) August 16, 2020
Pada Ahad lalu, melalui akaun Twitter syarikat tersebut mengumumkan satu kerjasama komersil bersama Cristiano Ronaldo.
Namun buat masa ini semua perkara ini masih lagi berada di peringkat awal. BNG dalam kenyataannya berkata:
“Pengasas-pengasas Bellagraph Nova Group sudah mengeluarkan LOI (Letter of Intent) dan juga penyata kewangan pada 10 Ogos lalu.”
“Sebagai tambahan, untuk memastikan terbinanya hubungan dengan kelab Newcastle dan juga komuniti, Bellagraph Nova Group turut akan meminta bantuan daripada bekas kapten England Alan Shearer dan bekas pemain iaitu Michael Chopra.”
BNG, merupakan syarikat yang turut ditubuhkan bersama oleh 3 pelabur Singapura iaitu Evangeline Shen, Nelson Loh dan Terence Loh.