Surat Kiriman Henderson Kepada Lovren Sungguh Menyentuh Hati

Jordan Henderson mengirimkan sepucuk surat yang sungguh mengharukan kepada Dejan Lovren selepas bintang Croatia itu meninggalkan Liverpool bulan lalu.

Bekas pemain pertahanan Liverpool itu menyertai Zenit St Petersburg pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Selain mengirimkan surat, Jordan Henderson turut mengirimkan replika Piala kejuaraan premier league kepada Lovren.

blank

Selepas enam tahun menabur bakti di Anfield, Lovren meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan nilai €12 juta ke kelab di Rusia.

Beliau banyak membantu Liverpool dalam memperoleh kejayaan seperti sekarang dan Lovren juga merupakan pemain yang menjulang kejuaraan premier league pertama kelab dalam tempoh 30 tahun ini.

Pemain berusia 31 tahun itu sering mendapat kritikan ketika kariernya di England dan jelas sekali bekas rakan sepasukannya banyak membantu serta sangat menghargai beliau.

Beliau memuat naik gambar surat yang dikirim oleh Jordan Henderson kepadanya bersama gambar hadiah berupa replika Piala kejuaraan premier league itu.

Dalam surat tersebut, Jordan Henderson menulis:

“Dej,

Sangat mustahil untuk memikirkan Liverpool tanpa kamu bersama kami dan secara jujurnya sukar untuk dipercayai bahawa kamu tidak akan kembali.

Kamu telah menjadi tokoh terhebat dalam skuad kita dan salah seorang pengaruh paling besar yang membantu kami untuk terus berada di mana kami berada sekarang, menang dan Juara.

blank

Saya harap kamu sedar bahawa dalam perlawanan, sangat wajar untuk mengatakan bahawa kamu boleh dianggap salah seorang yang terbaik di dunia dalam apa juga yang kamu lakukan.

Bagi kami dan Croatia sendiri, kamu sudah memahatkan pemikiran yang positif dalam bilik persalinan untuk kami terus berjuang.

Walau dalam ketika waktu kamu sedang dalam kesukaran, kamu masih di sana untuk sesiapa sahaja. Saya tidak akan pernah lupa sokongan yang kamu berikan kepada saya dan perbezaan yang kamu lakukan kepada saya dalam membantu untuk mengetuai pasukan ini.

Kamu sentiasa ketua untuk diri kamu sendiri dengan tanpa perlu memakai armband. Kami semua memandang tinggi keupayaan kamu.

Di luar padang kamu salah seorang karakter terhebat yang pernah saya berkongsi satu bilik persalinan yang sama. Setiap pemain tidak kira dari dunia mana mereka datang atau apa keadaan mereka, semuanya akan tetap boleh berhubung dengan kamu. Kualiti seorang manusia yang sungguh luar biasa.

Saya sudah mula rindukan kamu, walaupun saya terus sangat berharap supaya kamu kembali ke Melwood dan bersama dalam setiap perbincangan. Saya harap kamu sedar bertapa kami semua sangat menghargai apa yang kamu sumbangkan kepada kelab dan kepada kita semua sebagai rakan sepasukan.

Saya tahu tidak cukup sekadar ucapan terima kasih sahaja dan saya sentiasa bersedia untuk kamu atau keluarga kamu yang mengagumkan itu sekiranya memerlukan apa sahaja.

Selamat maju jaya untuk masa depan, tetapi jangan lupa kamu masih ada keluarga di Liverpool bila saja kamu perlukan kami.

YNWA

Hendo”

blank

Lovren mengharungi karier yang sungguh cemerlang bersama Liverpool dan beliau meneruskan kecemerlangannya dengan membantu Zenit menjuarai Russian Super Cup tahun ini.

Bintang Croatia itu sudah berjaya menjaringkan gol untuk kelab barunya dan beliau juga baru sahaja menjaringkan gol sensasi untuk negaranya ketika bertemu Perancis dalam saingan Nations League baru-baru ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.