Supercomputer Dedah Ramalan Keputusan Saingan Premier League Musim Ini

Liverpool bakal sekali lagi memenangi saingan premier league pada musim ini, ia adalah ramalam yang dibuat oleh Supercomputer tentang kedudukan terakhir carta liga.

Ia merupakan berita baik untuk peminat Liverpool, dan jika dilihat kepada keputusan penuh, ia juga mungkin berita baik untuk peminat Arsenal.

Setakat ini 14 perlawanan sudah dilangsungkan dalam saingan premier league dan ia hampir sama seperti apa yang terjadi pada musim lalu.

Skuad kendalian Jurgen Klopp pada musim lalu mendahului saingan liga dengan jarak yang begitu jauh dengan meninggalkan Manchester City dengan kelebihan 18 mata.

Setakat ini, mereka hanya meninggalkan pesaing terdekat, Leicester City yang berada di kedudukan kedua dengan jarak empat mata sahaja.

Namun begitu, seandainya Manchester United menang kekurangan baki satu perlawanan mereka, Liverpool akan berada di puncak liga dengan kelebihan dua mata sahaja.

Walau persaingan liga musim ini dilihat lebih sengit, ianya mungkin tidak sesengit yang difikirkan, dan Liverpool bakal memenangi liga walau dibelenggu krisis kecederaan.

Menurut sumber laporan dari The Sun, supercomputer telah meramalkan keputusan akhir untuk kedudukan dalam saingan liga musim ini.

Liverpool, Leicester, Manchester United dan Chelsea pastinya gembira dengan kedudukan mereka, dan the foxes pastinya tidak mahu kecundang lagi selepas mengharungi separuh musim yang baik seperti kempen yang lalu.

Southampton dan Everton juga sudah pastinya akan berasa lega dengan kedudukan mereka yang berada di nombor lima dan enam.

Namun ada beberapa pasukan teratas yang jelasnya tidak gembira sama sekali dengan ramalan itu.

Skuad kendalian Jose Mourinho boleh dikatakan sebagai salah sebuah pasukan pencabar untuk merebut gelaran liga musim ini.

Namun dalam beberapa perlawanan terakhir ini, mereka melalui detik kesukaran dengan Spurs kini berada di kedudukan ke-6 dalam carta liga.

Lebih buruk lagi, pencabar utama atau lebih tepat lagi pasukan yang mendominasi premier league, Manchester City pada musim ini bermula dengan sangat teruk.

Mereka kini berada di kedudukan kelapan dalam saingan liga dan andai ramalan supercomputer benar, tahun ini merupakan pertama kalinya City bakal menamatkan saingan liga di luar kedudukan empat teratas sejak sedekad lalu.

Untuk Mikel Arteta pula, beliau mungkin berasa sedikit lega dengan ramalan dari supercomputer ini, ia kerana ramai beranggapan Arsenal bakal ke Championship musim hadapan.

Namun ramalan menyatakan bahawa mereka akan terselamat dari penyingkiran, walau bagaimanapun, kedudukan ke-16 bukan lah hal yang dimahukan oleh para peminat Arsenal.

Arteta dikecam teruk selepas aksi hambar yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sepanjang musim ini.

Seandainya beliau menamatkan saingan liga dengan berada dikedudukan sebawah itu, pastinya Arteta akan dipecat pada penghujung liga nanti.

Menariknya lagi, supercomputer turut meramalkan bahawa Fulham akan terselamat dari penyingkiran dan berada satu kedudukan di atas Arsenal.

Sheffield United, West Brom dan Burnley diramalkan bakal mengakhiri saingan liga musim ini dengan berada di zon penyingkiran dan akan kembali ke saingan Championship.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.